“Auto hensem” Pakai Blazer Balik Ke Kampung, Penampilan Warga Bangla Ini Raih Perhatian

Tidak dinafikan, pulang ke kampung halaman adalah satu perkara yang sangat menyeronokkan. Manakan tidak, kita dapat berjumpa ahli keluarga yang jauh dan meluangkan masa bersama mereka.

Apatah lagi buat mereka yang balik ke kampung setelah sekian lamanya merantau ke negara orang bagi mencari rezeki. Sudah tentu ianya satu saat yang dinanti-nantikan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang warga bangladesh yang bekerja di Malaysia, ingin pulang ke kampung halaman dengan memakai blazer mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @qayyumasraf, dapat kita lihat seorang lelaki warga bangladesh sedang bersiap-siap untuk pulang ke negaranya.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah dia memakai baju blazer dan disertai dengan bluetooth earphone.


Cara pakaiannya seolah-olah bekerja di pejabat. Mungkin dia ingin memberitahu kepada keluarganya bahawa dia sudah berjaya apabila merantau.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat pemakaian warga bangladesh tersebut namun dalam masa yang sama berasa kagum akhirnya dia dapat mengumpul duit dan balik membahagiakan keluarga.

“Biarlah mereka pulang dengan cara begitu, baru nampak berjaya balik merantau”- Netizen

Tidak cukup dengan itu, netizen juga akui dia kelihatan “Auto handsome” berpakaian sebegitu malah mendoakan agar perjalanannya ke Bangladesh dipermudahkan dan sampai di sana dalam keadaan selamat”

Antara komen warga maya:

“Nampak berjaya selepas balik dari Malaysia.. itu yang kita mahukan”

“Blazer dengan bluetooth earphone tu takleh lepas”


“Macam orang tua kita dulu2.. kalau kata je naik flight mesti mau pakai smart2 atleast kemeja and slacks.. mostly blazer.. smart je dulu2 kat Subang tu..”

“Imej tu penting.. auto hemsem..”

Video yang tular di laman TikTok:

@qayyumasrafmantap2 hati2 balik tu♬ original sound – qayyumasraf