Bagaimanapun, nama PU Syed sekali lagi disebut-sebut namun kali ini dia diperli pula gara-gara didakwa tidak mencegah ‘kemungkaran’ yang berlaku.
Difahamkan, PU Syed diperli ‘double standard’ oleh netizen kerana tidak membuat sebarang bantahan terhadap konsert Dewa 19 yang sakan berlangsung semalam.
Menerusi satu hantaran di Instagram, PU Syed menjawab dia tidak mempunyai daya untuk membantah semua konsert yang diadakan. Malah, dia juga tidak bekerja untuk melihat setiap hari mana-mana konsert yang bakal diadakan di sini.
Katanya, tidak wajar jika beliau digelar double standard kerana beliau pernah menegaskan mana-mana perbuatan mungkar dan mendatangkan dosa wajib dicegah. Pun begitu, beliau bukanlah sesiapa kerana tiada kuasa.
Tambahnya lagi, tugas-tugas ini bukan terletak di bahu ustaz sahaja tetapi kewajipan semua umat Islam.
Hantaran yang tular di laman Instagram