“Macam tepi pantai” Kena ‘Sidai’ Sebab Jammed, Pemuda ‘Santai’ Lepak Atas Highway Siap Keluarkan Kerusi

Perkara yang paling tidak disukai pengguna jalan raya adalah ketika perlu menghadap ‘jammed’ yang langsung tidak bergerak. Bak kata orang zaman kini, ‘jammed melekat’!

Apatah lagi kalau minyak kereta pun kurang atau nak terbuang air besar, memang boleh hilang sabar.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna jalan raya ini berkongsi situasi dimana dia tersangkut di dalam kesesakkan lalu lintas mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @abangjan, pada awalnya kelihatan dia sedang bersantai sambil pintu kereta dibuka.

Bukan itu sahaja, kelihatan juga seorang lelaki yang sempat keluar dari kereta untuk merokok sementara menunggu jammed reda.

Apa yang lebih melucukan adalah, dapat juga kita lihat seorang pengguna jalan raya yang lain siap membawa keluar kerusi dan selamba duduk di atas jalan raya sambil ‘menikmati’ pemandangan kesesakkan lalu lintas itu.


Dia juga melepak bersama beberapa lagi kawannya seolah-olah sedang berkelah di tepi pantai! Memang santai betul gelagat mereka ni.

Difahamkan, situasi tersebut berlaku berpunca daripada sebuah kemalangan yang melibatkan lori panjang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah masing-masing yang tidak tahan menunggu sampai terpaksa keluar dari kereta.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang akui mereka ada di tempat kejadian malah memaklumkan ada yang sempat bermain badminton.

Antara komen warga maya:

“aku lalu sebelah semalam nampak orang main badminton”

“santai sangat brader tu siap keluarkan kerusi”


“hanya untuk orang yang sabar ye santai macam ni”

“niaga air balang kat situ laku mat”

Video yang tular di laman TikTok:

@abangjan ade yang join jgak ke?#fyp #hadir #bukanmaen ♬ ชอบเธออะ (ท่อนละลาย) – Ptrp Studio