“Visa furada ada risiko.” Masih Tak Dapat Flight, Jemaah Haji Dakwa Kena Scam Dengan Agensi

Menjejakkan kaki ke tanah suci sememangnya menjadi impian setiap daripada umat islam. Jika tidak berpeluang untuk menunaikan haji, melaksanakan umrah pun sudah memadai.

Pun begitu, baru-baru ini seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Asyraf memaparkan kekecohan yang berlaku di hadapan sebuah premis agensi mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat sekumpulan jemaah haji mendakwa mereka telah ditipu oleh agensi tersebut bahkan telah berkumpul beramai-ramai untuk berbincang tentang isu itu.


Difahamkan, agensi itu telah menawarkan visa furda namun tarikh yang diberikan telah melebihi tempoh untuk melakukan ibadah haji dengan lengkap.


“Yang belum dapat flight ni, katanya dapat pergi masa hari wuquf. Bilanya nak sampai macam tu?”

Lebih menyedihkan lagi apabila jemaah menantikan panggilan daripada agensi tersebut namun sehingga kini tiada maklum balas yang diterima.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berang dengan sikap agensi tersebut yang tidak berhati perut ‘scam’ para jemaah yang sememangnya menantikan saat untuk pergi ke haji.

“Visa furada ada risiko. Sentiasa berdoa dan terimalah sebarang kemungkinan. Haji ada lah jemputan dari Allah. Allah yang menentukan segalanya.” – Netizen.

Bukan itu sahaja, ada juga yang memaklumkan bahawa visa furada hanya ditawarkan oleh pihak Arab Saudi sendiri dan tidak ditawarkan kepada agensi-agensi haji yang lain.

Antara komen warga maya:

“benda ni dah lama berlaku.. mak mertua aku pon dah kena.. tapi si pelaku tetap lepas n still continue kegiatan yang sama walaupun dah masuk tv n lokap”

“tunggu je turn tabung haji panggil, terjamin. Kalau dah ajal dulu sebelum turn redhalah, at least kita dah usaha daftar haji”


“hari wukuf dah hampir tiba.. moga dipermudahkan urusan jemaah yang terkandas”

Video yang tular:

@asyraf4202 #haji ♬ original sound – asyraf4202