Cuba Raba Paha, Aksi Lelaki Gatal Di Dalam Tren Sempat Dirakam

Ramai diantara kita yang gemar menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak ke destinasi yang ingin ditujui. Bukan apa, tak perlu pening-pening menghadap jem dan boleh juga ‘cut’ kos perbelanjaan.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita sempat merakam aksi aneh lelaki yang duduk di sebelahnya semasa menaiki tren mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter @selasarabu_, dapat kita lihat lelaki tersebut meletakkan tangannya bersebelahan dengan peha wanita tersebut.


Namun apa yang membuatkan ramai risau adalah tangannya secara perlahan-lahan menghampiri peha wanita itu dan hampir ‘meraba’nya.

Menurut gadis tersebut, pada awalnya dia menyangka lelaki itu tidak sengaja melakukannya. Namun lama kelamaan, dia mula berasa hairan apabila tangan lelaki itu kerap kali berada dekat dengan pahanya walaupun dia berkali-kali cuba menjauhi diri.

“Akhirnya berusaha untuk gerak. Setelah ini ku tegur, eh masih aja dilakuin. Akhirnya aku lapor, minta pindah kursi.”

Lebih menyakitkan hati adalah, wanita tersebut telah pun menegur lelaki itu sebanyak dua kali namun teguran itu hanya diendahkan dan terus melakukan perkata itu. Gadis itu kemudian berhubung dengan pihak pengurusan untuk menukar tempat duduk namun tiada tempat kosong yang boleh diberikan padanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram melihat aksi lelaki tersebut yang selamba ingin meraba malah megendahkan segala teguran.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap lelaki tersebut.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter: