“Simple tapi bermakna” Terima Nasi Goreng Semasa Hari Guru, Pendidik Luah Rasa Sebak

Hari guru adalah hari dimana kita semua menghargai pengorbanan seorang pendidik dalam mendidik anak murid mereka tanpa rasa jemu malah selain ibu bapa, mereka juga antara insan yang ingin melihat kita berjaya.

Guru ibarat lilin yang mana sanggup membakar diri untuk menerangai orang lain. Jadi tidak hairanlah ramai murid yang memberikan hadiah kepada guru mereka tanda menghargai jasa.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang murid memberikan hadiah yang dikatakan ‘simple’ namun sangat bermakna mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @zsickseeksix, dia menerima satu hadiah yang dibalut plastik merah ketika sambutan hari guru yang diadakan di sekolah.

Apa bila pulang ke rumah, dia mendapati plastik tersebut berisi nasi goreng telur dan ianya sekaligus membuatkan guru ini sebak kerana menghargai usaha ibu murid tersebut yang membungkuskan makanan itu.

“Harini my sekolah ada buat sambutan Hari Guru, bila dah sampai rumah, buka2 hadiah ternampak 1 red plastic bag, bila bukak ada semangkuk nasi goreng telur.”

“Bila nampak nasi goreng tu, tiba-tiba rasa sebak, betapa berusahanya mak dia bangun packingkan makanan untuk cikgu as hadiah daripada anak dia. Simple tapi sangat bermakna bagi aku.. terima kasih anak muridku..”

Video yang tular di laman TikTok:

@zsickseeksix Terima Kasih 🖤 #selamathariguru2022 #fyp #tiktokmalaysia #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat perkara tersebut apatah lagi bila ibu kepada anak murid tersebut benar-benar hargai dengan apa yang dilakukan oleh para guru dalam mendidik anaknya.

Malah ada juga netizen yang menyifatkan hadiah yang paling berharga adalah hadiah daripada insan yang benar-benar ikhlas.

Berikut merupakan komen warga maya:

“betapa ibu itu appreciate cikgu..mesti cikgu seorang guru yang hebat”

“hadiah tu datang dari hati yang tulus..”

“my mon pernah cerita, ada seorang student dia bagi pemadam yang dah guna pastu balut cantik2 dalam kertas warna”