Malaysia Dan Pakistan Tandatangan Pemansuhan Visa Perjalanan

Imran Khan, Perdana Menteri Pakistan membuat lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia selepas menjawat jawatan itu pada bulan Ogos.

Tun Mahathir mengadakan pertemuan dengan Imran Khan untuk membincangkan hubungan dan kerjasama dua hala sedia ada di antara kedua-dua negara serta mengenal pasti bidang baharu untuk kerjasama masa hadapan.

Dalam masa yang sama, Tun Mahathir dan Imran Khan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Pakistan.

Perjanjian ini adalah mengenai pemansuhan visa bagi perjalanan antara kedua-dua negara itu.

Melalui instagram rasmi Tun Mahathir juga dapat dilihat perjanjian pemansuhan visa ini ditandatangani oleh Menteri KDN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan caption “Signing Agreement Malaysia-Pakistan Visa Free”

 

Selepas ini harapnya lebih mudah bagi pelancong Malaysia untuk ke negara Pakistan.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: BERNAMA[/su_note]