Nak ke Cameron Highlands? Ini 7 Tips Anda Kena Tahu

Sebut saja Cameron Highland mesti semua dah terbayang strawberi yang merah dan manis ataupun ladang teh yang hijau dan sangat menenangkan disana.

Memandangkan dah start cuti sekolah, kali ni kami bawakan entri berkenaan tips ke Cameron Highland untuk panduan anda semua.

1) Laluan Ke Cameron Highland

Kalau anda datang dari Utara contohnya Penang atau Kedah, anda boleh exit Simpang Pulai.

Kalau dari Selatan contohnya KL anda boleh exit Tapah.

2) Gerak Awal

Cameron tempat popular dan ramai pelancong suka datang. Anda dinasihatkan bertolak awal.

Kalau lewat confirm anda akan sangkut jem teruk.

3) Planning

Lebih baik anda rancang dahulu perjalanan sebelum bergerak. Ia penting bagi elakkan membazir masa.

Di antara tempat menarik di Cameron yang boleh anda pergi adalah:

-Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)
-KEA Farm 8.30am-6pm
-KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
-Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)
-Taman Abang steamboat & grill (Harga Dewasa RM39 Kanak2 RM29)



-Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari jumaat, sabtu & hari2 dibuka untuk cuti sekolah)

-Penginapan: Salah satunya GOLDEN HILL RESORT CAMERON HIGHLANDS (jalan kaki je pergi pasar malam)

4. Elak Musim Cuti

Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?
+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
+ sukar untuk dapat parking kereta.
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
+ kurang privasi.

5. Beli Buah dan Sayur

Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner.

Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.

Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain, mungkin hanya 3 pek dengan harga RM10.

 

Anda boleh beli teh uncang dengan harga RM5 sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat.

Saya pernah membeli 20 kotak teh uncang dengan RM100 serta mendapat strawberi white coffe sekotak dengan percuma.

Sayuran segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih.

6. Makan Tengahari

Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata.

Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.

7. Penginapan

Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey.

Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu. Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: Bawang Channel[/su_note]