300 Pelabur Bitcoin Ditipu, RM180 juta Lebur

Sejak dari zaman Pak Man Telo lagi orang kita memang mudah terpedaya dengan skim cepat kaya.

Dari skim piramid MLM, emas delay, skim pelaburan saham dan yang terbaru adalah skim pelaburan matawang kripto digital.

Baca: Cara Buat Duit Bitcoin Tanpa Modal

Lebih 300 orang terpaksa berputih mata apabila pelaburan mata wang bitcoin tidak memberikan pulangan seperti diharapkan.

Malah pengasas skim tersebut turut melarikan ribuan bitcoin bernilai lebih RM180 juta sejak tahun 2016.

Skim yang didakwa diasaskan tiga individu termasuk seorang produser filem pecah panggung itu bukan sahaja tidak memulangkan pelaburan mangsa, malah bertindak lebih berani dengan membuka skim lain bertujuan mencari mangsa baharu.

Seorang mangsa dilaporkan rugi kira-kira RM63,000 selepas membeli 20 bitcoin. Dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang, bersama lebih 30 orang mang­sa lain.

“Saya membeli bitcoin tersebut secara berperingkat sebelum melaburkannya dalam skim tersebut, bulan pertama dan kedua saya dapat pulangan seperti dijanji, namun selepas transaksi keempat, mereka mula main tarik tali.”

Seperti skim penipuan yang lain, modus operandi digunakan skim ini adalah mengumpul semua bitcoin dibeli mangsa dan memberi pulangan yang dijanjikan dalam beberapa bulan pertama.

Selepas itu, mereka mula berdolak-dalik selepas empat bulan beroperasi dan kemudian menghilangkan diri.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: Utusan[/su_note]