[VIDEO] Abang Ambulans Ucap Terima Kasih Kepada Pemandu Triton Buat Netizen Tersentuh

Media sosial menjadi salah satu medium untuk orang ramai berkongsi pelbagai maklumat dan video yang menarik.

Begitu juga dengan aplikasi TikTok yang ketika ini yang semakin mendapat tumpuan untuk orang ramai berkongsi video-video menarik.

Malah, ramai juga berkongsi video yang dirakamkan ketika berada di jalan raya dan semasa melakukan tugasan sebagai satu kenangan atau pengajaran kepada orang ramai.

Pacuan empat roda bantu ambulans

Jika sebelum ini ramai pemandu ambulans terpaksa berhadapan dengan pemandu yang tidak memberikan mereka kerjasama yang baik ketika di jalan raya.

Ramai pemandu tidak beretika dengan menghimpit rapat dari belakang atau menghalang laluan di hadapan, lain pula pengalaman seorang abang ambulans pada kali ini.

Buka jalan bagi mudahkan ambulans sampai ke lokasi

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi TikTok, seorang pemandu ambulans telah berkongsi rakaman video sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Triton telah membantu ambulans.

Pacuan empat roda jenis Triton itu telah membuka jalan bagi memudahkan ambulans ini menuju ke lokasi dengan lebih lancar dan cepat.

Perkongsian video tersebut telah mendapat lebih 150,000 tontonan dan 500 komen daripada orang ramai.

Pemandu ambulans ucapkan terima kasih

Menjengah ke ruangan komen, mereka menyatakan sangat berbangga dengan tindakan pemandu Triton tersebut.

Selain itu, orang ramai berasa terharu apabila pemandu ambulans mengucapkan terima kasih kepada pemandu Triton kerana memudahkan perjalanannya.

@papamayyaBalas kepada @leshbish baiklah saya tunaikan lah permintaan sbb ramai yg nak dengar video tanpa lagu…♬ bunyi asal – ezamlahh

Malah, ada juga diantara mereka yang baru tahu bahawa selain mempunyai siren pada sebuah van ambulans dan turut dilengkapi dengan pembesar suara untuk membuat pengumuman.