“Call Sarjan Misai kalau selalu gaduh,” Ibu Kongsi Cara Buat Anak-anak Bergaduh Terus Diam

Dari dulu kita telah sinonim dengan drama siri Gerak Khas. Drama wajib tonton ini menceritakan kisah anggota polis yang menjalankan tugas demi bangsa dan negara.

Malah, beberapa watak utama dari siri ini masih diingati salah satunya watak sarjan misai yang dilakonkan oleh A. Galak.

Watak A. Galak yang memiliki misai lentik, memiliki wajah yang garang dan tegas telah berjaya menghidupkan watak itu.

Ibu guna taktik ‘call sarjan misai’ untuk meleraikan pergaduhan

Menerusi perkongsian di laman Facebook oleh seorang wanita, ibu ini berkongsi cara yang digunakannya untuk meleraikan pergaduhan dua anak lelakinya.

Menurut Adawiyah, sedikit sebanyak lakonannya untuk menelefon sarjan misai itu jika mereka sering bergaduh membantu kedua-duanya untuk saling bermaafan.

Taktik cuba telefon sarjan misai buat anak berdamai

Bagi mereka yang bekerja dari rumah, pastinya agak sukar menguruskan rumah pada masa yang sama turut menguruskan anak-anak.

Inilah yang dihadapi Puan Adawiyah Abdul Rahman, sehinggalah beliau mencuba taktik ini untuk mendamaikan kedua-duanya.

Call polis kalau selalu bergaduh

“Kalau mood tak okey tu sentuh sikit pun xboleh. Pastu dia punya bergaduh tu tahap ummi rasa nak lari dari rumah”.

“Tambah-tambah musim WFH ni, Last2 cakap nak call polis kalau selalu bergaduh, baru haru semua nak mintak maaf”.

Mintak maaf la sarjan, pinjam gambar sat

“Punya takut ngan misai polis tu. Mintak maaf la sarjan, kami pinjam gambar sat ye. Berguna ni utk tempoh bertenang”.


Gambar sarjan misai lengkap berseragam polis

Menerusi gambar yang tertera, puan Adawiyah menyimpan kenalan dengan nama ‘Polis’ dan memasukkan nombor yang rawak, 1111 serta wajah sarjan misai yang lengkap berseragam polis.

Perkongsian tersebut  menarik perhatian ramai ibu bapa lain dalam komuniti Anak Sepahkan Apa Hari Ini.

Rata-rata netizen turut teruja dengan taktik yang digunakan oleh ibu ini dan ada yang turut berkongsi menggunakan teknik yang sama untuk membuatkan si anak berkelakuan baik.

Semoga taktik ini berkesan buat ibu bapa diluar sana untuk meleraikan pergaduhan anak-anak mereka ketika di rumah.