“Mak dia yang terbujur kaku duk bawah kereta, seorang anak jatuh rebah nangis peluk adik dia.”

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya telah ditetapkan olehNya. Namun apa yang paling ditakuti setiap insan adalah menerima berita kehilangan orang yang tersayang dalam keadaan yang memilukan.

Pagi tadi, telah tular mengenai satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta. Difahamkan, seorang wanita terkorban dalam nahas tersebut

Seorang wanita terkorban dalam nahas tersebut 

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang pengguna bernama Nurfa Ray memuat naik beberapa gambar yang memaparkan keadaan di lokasi kemalangan.

Anak lelaki mangsa mahu menghantar adiknya ke sekolah

“Otw nak pergi kerja tadi toklaki wasap hantar gambar orang baru acicdent. Yang meninggal seorg makcik yang naik moto. Itu gambar anak-anak dye”.

“Anak dye yang laki itu otw nak pergi hantar adiknya pergi sekolah. Selepas itu dye tengok ade orang accident dan berhenti”.

Anak mangsa jatuh rebah menangis peluk adiknya

“Tengok mak dye yang terbujur kaku duk bawah kereta, Allah. Tak tergambar perasaan seorang anak jatuh rebah nangis peluk adik dye”.

“Sedihnyaaa ya Allah, mmy dah pernah rasa kehilangan seorang bernama ibu. Sedih dye tak boleh nak cakap”.

Doakan adik-adik ini kuat

“Mmy doakan adik-adik ini kuat. Macammana nak hadap bangun pagi esok mak dah tiada, Allahuu. Semoga dipermudahkan segala urusan adik-adik ini. InsyaAllah Aamiin”.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan semoga anak-anak arwah tabah dan kuat menghadapi ujian yang besar ini.