“Saya tak buat salah pun..”Fikry Ibrahim Mengaku Dia Individu Diarah U-Turn Masa Roadblock

Semua rakyat Malaysia masih menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan semua orang perlu mematuhi peraturan PKP yang telah ditetapkan

Sebelum ini telah tular satu video seorang lelaki dikatakan mirip pelakon Fikry Ibrahim yang diarahkan membuat pusingan U dalam satu sekatan jalan raya baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

Goodnight everyone!😉 @jackjonesmalaysia

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on

Desas desus mengenainya senyap begitu sahaja sebelum ini apabila pelakon itu dikatakan tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes berkenaan.

Akhirnya Fikri Ibrahim buka mulut isu video u turn

Namun begitu setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya Fikry mengakui dia adalah individu dalam video tersebut.

Menerusi video dari Murai MY ini, ketika video ini tular ramai yang berkata individu tersebut adalah pelakon itu.

Walauagaimanapun, Fikry berkata dia tidak membuat sebarang kesalahan atau melanggar peratutan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Jelas beliau, dia hanya keluar membeli barang keperluan dan masih lagi dalam kawasan radius 10 kilometer.

Saya rasa tak buat salah pun

“Saya rasa tak buat salah pun sebab saya masih dalam radius 10 kilometer. Saya seorang diri, keluar membeli barang sahaja”.

 

View this post on Instagram

 

Pagi-pagi bukak pintu, selamat hari Sabtu👋

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on

“Kalau betul salah, kenapa masa perjalanan saya nak beli barang lalu roadblock yang sama tidak ditahan”.

Saya ikut arahan untuk u-turn

“Tapi masa saya nak pulang ke rumah saja ada masalah. Saya faham tugas polis dan sebagai rakyat Malaysia, saya ikut arahan dengan buat u-turn”.

“Kalau tengok video itu, ada batu api. Orang yang rakam ketika itu dekat mana? Siap kata tak lepas kena u-turn, manipulate benda macam itu,” ujarnya kepada mStar Online

Saya tidak marah kerana semua orang tertekan

Menurut Fikry lagi, dia tidak marah terhadap netizen yang mengecam tindakannya kerana memahami situasi ketika itu ramai orang dalam keadaan tekanan.

Sebelum ini telah tular video memaparkan seorang pemandu yang didakwa artis popular ingkar arahan PKP.

Rata-rata netizen spekulasi lelaki itu adalah Fikry berdasarkan percakapannya dalam loghat Utara.

Selain itu menurut netizen, alamat kad pengenalan serta nombor plat kenderaan yang berasal dari Kedah juga sama dengan alamat asal pelakon tersebut