[VIDEO] “Ramadhan sangat terasa tanpa Abam disisi &..” Rindu Seorang Isteri

Sebelum ini, industri hiburan dikejutkan dengan pemergian pelwak terkenal Allahyarham Abam Bocey.

Menjelang Ramadhan ini, pastinya balu Allahyarham berasa terkesan dengan pemergian suami tercinta.

Satu kehilangan yang cukup besar 

Balu arwah pelawak Abam Bochey, Nor Hidayah Mohd. Ali turut mengakui terasa satu kehilangan yang cukup besar pada Ramadhan kali ini.

 

View this post on Instagram

 

Kenangan kekal Abadi hingga Ke syurga.. Al-fatihah (DIBACA) untuk arwah suami ku syg Syed Umar Mokhtar بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 2. ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ 3. ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 4. مَالِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ 5. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 6. ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ 7. صِرَاطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّالِّينَ #kitabaikramaisayang #alfatihaharwahabam

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

Nor Hidayah terpaksa menyambut Ramadan buat pertama kali tanpa suami tercinta pada kali ini berbeza dari tahun sebelumnya.

Perkara tersebut turut diluahkan Nor Hidayah apabila beliau memuat naik satu posting berkenaan di laman Instagramnya.

Mesti pergi bazar bersama arwah abang

Kerinduan pada suami tercinta jelas terasa apabila  Nor Hidayah mengimbau kenangan bersama Allahyarham.

“Tahun lepas puasa balik Sabak Bernam, mesti pergi bazar Ramadan beli juadah berbuka bersama arwah abang”.

“Beli murtabak, ayam panggang, ayam golek dan macam-macam lagi” tulisnya.

Berkumpul dan berbuka sama-sama

“Adik-beradik pun semua balik berkumpul berbuka sama-sama. Ramadan tahun ni terasa sangat berpuasa tanpa arwah abang di sisi sayang. Semoga abang tenang di sana,” luahnya.

Menerusi posting tersebut, Hidayah berkongsi sebuah video kenangan yang memaparkan arwah Abam dan ahli keluarga yang lain pulang daripada bazar membeli juadah.

“Kenangan kekal abadi hingga ke syurga. Al-Fatihah untuk Allahyarham suamiku sayang. Syed Umar Mokhtar,” coretnya.

 

View this post on Instagram

 

Tahun lepas puasa balik sabak mesti pergi Bazar ramadhan sabak beli juadah berbuka Bersama arwah abg, beli murtabak, ayam panggang, ayam golek & macam2 lg, adik beradik pun semua balik berkumpul berbuka sama2, Ramadhan tahun ni terasa sangat berpuasa tanpa arwah abang disisi syg.. semoga abang tenang disana. Kenangan kekal Abadi hingga Ke syurga.. Al-fatihah (DIBACA) untuk Arwahyarham suami ku syg.. Syed Umar Mokhtar بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 2. ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ 3. ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 4. مَالِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ 5. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 6. ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ 7. صِرَاطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّالِّينَ #kitabaikramaisayang #alfatihaharwahabam

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

Ramai netizen meninggalkan kata semangat buat Nor Hidayah

Rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai kata-kata semangat pada perkongsian Hidayah itu.

Video itu memaparkan kenangannya bersama arwah Abam di bulan Ramadan itu mencatatkan lebih 145,000 tontonan di Instagram miliknya.

Semoga Nor Hidayah dan keluarga Allahyarham Abam Bocey tabah dan sabar dengan kehilangan ahli keluarga tersayang.