Pilih Pelakon ‘Tua’ Sebagai Watak Budak Sekolah, Drama Ini Terima Kecaman Netizen

Drama antara rancangan televisyen yang sering ditungu-tunggu oleh peminat drama tempatan.

Namun begitu, tidak semua drama yang ditayangkan mendapat sambutan hangat dari penonton.

Jalan cerita yang tidak menarik dan cliche

Ada juga drama dan filem Malaysia sering kali mendapat kurang sambutan daripada peminat tempatan ekoran jalan cerita yang cliche dan membosankan.

Ini terjadi kerana kebanyakan drama yang ditayangkan menggunakan konsep dan jalan cerita yang sama.

Walaupun drama tersebut telah menular pelakon yang berbeza,namun tanpa plot dan jalan cerita yang menarik boleh menyebabkan drama tersebut hilang penonton.

Timbul persoalan apabila klip video Korban Kasih dikongsi

Menerusi akaun Twitter TV1, ada memuat naik satu klip pendek yang menayangkan drama Korban Kasih untuk episod pada masa akan datang.

Selain itu juga, pemilihan pelakon yang dilihat tidak bersesuaian dengan watak yang diberikan dalam drama Korban Kasih itu menimbulkan kejanggalan.

Mengapa tidak memilih pelakon remaja untuk membawa watak itu

Sementara itu, menerusi klip tersebut, dilihat pelakon Saharul Ridzwan, Azrel Ismail dan Zara Zya membawakan watak pelajar sekolah.

Namun begitu, telah timbulkan beberapa persoalan mengapa cerita ini tidak memilih pelakon remaja untuk membawakan watak tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Imah dengan dua abang kembarnya, Jalil dan Jamil😍 . #KORBANKASIH Mulai 24 April 2020 Tayangan sepanjang Ramadhan 7 malam di Widuri @tv1_rtm Adaptasi Novel Korban Kasih 1&2 karya Fatimah Saidin terbitan @dbpmalaysia, Arahan @paliyahyalatest, Terbitan @mrsarisz @macheallstarunitedsdnbhd . Dibintangi @saharulridzwan @zarazya @umminazeera @azrelismail @dynasmokhtar @ezzatyabdullah @nadiyah.shahab @datamimisiregar @hasnulrahmat @haziq_fadhullah @rizamin @sheilahassan @ryryinthesky @zulledward @meormohd_official @naimshamshol @farah_wahida_zainuddin @samsuhaid dan ramai lagi. . Ost #sampaisyurga nyanyian @idayuofficial & @ezadlazim . . #korbankasih #saharulridzwan #zarazya #umminazeera #azrelismail #dynasmokhtar #ezzatyabdullah #idayu #macheallstarunited #ramadansatuperjuangan #slotwiduri #slotwiduritv1 #dramatrending #tv1 #macheallstar #covid19 #coronavirus #stayathome #kitajagakita #ezadlazim

A post shared by Korban Kasih (@_korbankasih) on

Selain itu, netizen turut memberikan reaksi yang sama apabila menonton klip drama Korban Kasih.

Netizen turut memberikan reaksi kurang senang

Rata-rata netizen turut mempertikaian pemilihan para pelakon dilihat agak kurang sesuai dengan watak yang diberikan.

Semoga pendapat yang dilontarkan oleh netizen boleh diambil kira dan diharap industri hiburan di negara kita akan lebih maju.