[VIDEO] Seakan Merayu Minta Makanan, Kucing Jalanan Buat Netizen Hiba

Ramai diantara kita membela haiwan peliharaan untuk dijadikan teman. Kucing antara haiwan yang digemari ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Namun begitu, masih banyak haiwan-haiwan jalanan seperti kucing dan anjing yang kelaparan.

Ada ketika haiwan berkenaan akan datang kepada kita untuk meminta secebis makanan buat mereka meneruskan hidup.

Tular video seekor kucing kelaparan dan merayu minta makanan

Selain itu, haiwan ini bukan sahaja kelaparan malah ada diantara kita mengasari haiwan ini tanpa belas ihsan.

Haiwan jalanan ini juga sering dijumpai di kaki lima, gerai-gerai makan dan juga pasar-pasar basah.

Satu video telah tular yang memaparkan seekor kucing meminta secebis makanan dan merayu kepada si perakam.

Kucing itu seakan merayu meminta sisa makanan

Pasti pencipta haiwan sayu melihat seekor kucing berwarna oren yang merayu diberikan sisa makanan.

Menerusi video yang berdurasi 29 saat itu memaparkan seekor kucing sanggup berdiri dan mengiau kelaparan.

Sementara itu, turut terlihat dua ekor kucing yang lain sedang duduk dengan tertib dan bersabar untuk berikan makanan.

Kucing itu comel namun gelagatnya meruntum jiwa yang melihat

Situasi tersebut amat menyedihkan apabila haiwan dilihat seakan-akan merayu untuk meminta sedikit makanan kepada manusia.

Video tersebut turut mendapat perhatian ramai yang turut bersimpati dengan nasib haiwan jalanan.

Disamping itu, ruangan komen video berkenaan turut dibanjiri dengan pelbagai reaksi dari orang ramai.

Orang ramai bersimpati dengan nasib haiwan jalanan

Ramai yang melihat video tersebut berasa simpati dengan nasib yang menimpa kucing berkenaan.

Masyarakat dinasihati supaya mencintai haiwan dan tidak berlaku kejam terhadap mana-mana haiwan termasuk haiwan jalanan.

Berkongsilah sedikit rezeki dengan haiwan-haiwan ini kerana mereka memerlukan makanan untuk terus hidup.