[VIDEO] Photoshoot di Kubur Kristian, Ini Penjelasan Pemilik Butik

Semalam telah tular beberapa foto dan video beberapa model berpakaian pengantin bergambar di kawasan kubur Kristian.

Aksi mereka telah menerima perhatian netizen kerana dianggap tidak menghormati agama lain.

Rata-rata netizen menempelak kelakuan mereka yang seolah-olah tidak mempunyai sensitiviti terutama kepada kaum keluarga kubur terbabit.

Justeru itu, pemilik butik tersebut telah tampil membuat kenyataan bagi menjelaskan perkara sebenar.

“Saya mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung,” kata pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26.

Menerusi laporan Harian Metro, Nur Amirah memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai gambar seorang model wanita bergambar di tepi kubur bukan Islam yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Nur Amirah menceritakan perkara sebenar di mana gambar berkenaan diambil pada hari Ahad lepas di kawasan perkuburan Kristian di Batu Pahat.

Video photoshoot di kubur Kristian

 

View this post on Instagram

 

Angle yg last tu paling tak tahan. Ye lah angle dlm kubur di tanah perkuburan 🤯

A post shared by memes_puaka™ (@memes_puaka) on

Menurut Amirah, gambar itu diambil hanya untuk koleksi peribadinya dan ia kemudiannya dimuatnaik di akaun FB miliknya.

Malah menurutnya lagi, gambra tersebut bukan bertujuan untuk mencari publisiti.

“Saya yang menjadi jurugambar untuk sesi fotografi berkenaan dan wanita dalam gambar itu adalah model, bukannya pengantin.”

Tambahnya lagi, dia cuba mencari kelainan dan mengambil inspirasi dari luar negara.

“Saya pilih lokasi itu kerana mahu mencari kelainan dan mahu lari daripada kebiasaan dengan mengambil inspirasi daripada luar negara.”

Amirah juga berkata niatnya hanya suka-suka dan bukan mahu mempermainkan mana-mana agama.

“Tujuan saya memuat naik gambar berkenaan di FB adalah untuk suka-suka dan tiada niat langsung mempermainkan mana-mana agama,”

Nur Amirah yang menetap di Kluang turut menafikan gambar berkenaan diambil untuk tujuan pemasaran bagi perniagaannya.

“Saya dapat tahu perkara ini tular pagi tadi dan menyah aktifkan akaun FB buat sementara bagi meredakan keadaan.”

“Ingin saya jelaskan, gambar berkenaan bukan diambil untuk tujuan pemasaran dan saya tidak akan menggunakan cara sebegini kerana tindakan itu ibarat membunuh diri sendiri.”

Walau bagaimanapun, Amirah menerima segala kritikan netizen dengan hati terbuka dan meminta kepada semua agar tidak menyalahkan model di dalam gambar tersebut.

“Apa pun, saya terima kritikan warganet dengan hati yang terbuka kerana mengakui kesilapan berpunca daripada dirinya sendiri dan tolong jangan salahkan model itu,”

Semoga perkara seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang dan kita dapat menjaga sensitiviti agama dan kaum lain.