Kini ramai wanita mula menceburkan diri dalam pelbagai kerjaya yang dimonopoli oleh kaum lelaki.
Bukan sahaja dari sektor kerajaan, malah sektor swasta dan badan berkanun juga mula mengambil wanita untuk memenuhi kekosongan dalam sektor terbabit.
Nampak sahaja wanita yang berkerjaya lelaki ini ayu ketika diluar dari kerjaya mereka, tetapi mereka juga berkebolehan dan mampu berdiri setanding golongan lelaki.
Terbaru tular satu berita mengenai seorang wanita cantik dan ayu yang berkerja sebagai anggota polis.
Manis berhijab gadis itu, walaupun ayu tetapi beliau tangkas dan cekap mengendalikan senjata ketika menjalankan tugas.
Seorang gadis berasal dari Jogjakarta, Indonesia yang kini merupakan salah seorang anggota polis United Nations yang bernama Hikma Nursya.
Menerusi satu perkongsian di laman sosial Instagram, beliau dan pasukannya sedang melaksanakan misi di Bangui Central Afrika.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua kerana memberi sokongan yang dorongan kepadanya untuk melaksanakan misi berkenaan.
Menerusi satu video yang dikongsi olehnya di laman sosial Instagram, beliau turut tangkas dalam mengendalikan sennjata.
Rakaman itu menunjukkan beliau bersama anggota pasukannya yang lain sedang menjalani latihan.
View this post on Instagram
Dirgahayu Kepolisian Negara Republik Indonesia. Jaya selalu. Salam Garuda 🇮🇩
A post shared by @ hikmanursyaa on
Walaupun kelihatan ayu dan cantik ketika tidak bertugas, beliau tampak tegas dan berdisplin ketika bertugas.
View this post on Instagram
Lebaran sebentar lagi 😁 . . . #nggapakaibajubaruclub 😂
A post shared by @ hikmanursyaa on