[VIDEO] “Comelnya, parut pun dah kurang” Ainul Makin Sihat, Mungkin Beraya di Hospital

Sudah beberapa minggu adik Ainul Mardhiah pulang ke Malaysia dan nampaknya kini semakin riang dan sihat.

Menerusi perkongsian di Instagram ayah dan ibunya, Ainul dilihat cergas dan selalu tersenyum.

Wajahnya yang comel manis itu mengundang komen dna pujian dari netizen yang ternyata geram dengan Ainul.

Menurut ibunya, Ainul dan dirinya ‘jetlag’ hampir seminggu juga semasa pulang ke Malaysia.

Ainul dan ibunya tidak dapat tidur pada waktu malam dan mengantuk di siang hari. Perkara ini adalah biasa kerana perubahan masa dari UK dan Malaysia.

Namun kini sudah kembali normal dan Ainul dapat kembali tidur pada waktu malam.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah Ainul Mardhiah sihat dari hari ke hari. Hampir seminggu juga Ainul dengan mama jetlag. Sampai je waktu malam, mata kami berdua akan segar sampailah ke subuh. Waktu siang mulalah mengantuk. .

Inilah rutin Ainul waktu waktu jetlag haritu. Sekarang dah normal balik. Dah boleh dah tidur waktu malam. .

Bila kita nak balik rumah ni Ainul? Mama dah rindu bau rumah ni”

Malah menurut ayahnya, Ainul kini kekal sihat dan bertambah ceria walaupun masih berada di hospital.

Menurut Safiudin, kemungkinan mereka terpaksa beraya kali kedua di hospital untuk tahun ini memandangkan Ainul masih belum dibenarkan keluar dan hari raya AidulAdha sudah semakin tiba.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, Ainul kekal sihat dan bertambah ceria sentiasa. .

Terus doakan ainul supaya Allah memberikan kesembuhan secara total buatnya.
.

Nampak gayanya, tahun ni dua kali raya kita raya di hospital anak