“64 tahun saya hisap rokok, dada bersarang dah” Ini Respon Jamal Abdillah Mengenai Usaha KJ

Seperti yang kita tahu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengadakan kempen kesedaran besar-besaran dan bersetuju membuat empat pindaan ke atas Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, termasuk mengurangkan kadar denda am.

Kelmarin, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.

RUU yang masih di peringkat bacaan kali kedua itu, diluluskan sebulat suara, selepas perbahasan membabitkan 12 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, digulung Khairy.

Perkara tersebut sekaligus mendapat perhatian daripada Raja Pop Malaysia iaitu Datuk Jamal Abdillah yang turut memuji usaha KJ.


“Hello, Assalamualaikum YB KJ. Ingat senang nak buat RUU Tembakau? Sudah beribu orang hisap rokok, sudah beribu tahun. Tengok anak-anak saya ini.”

“Kalau dari dulu lagi Kerajaan Malaysia sudah buat, tak adalah saya hisap rokok. Ini, sudah 64 tahun saya hisap rokok, dada bersarang dah,” katanya dalam video berkenaan.

Bagaimana pun, bapa kepada 5 cahaya mata ini tetap menyuarakan sokongannya terhadap usaha kerajaan.

“Tapi, YB KJ, saya rasa kamu berani untuk bawa RUU Tembakau demi masa depan anak-anak muda.”

“Saya sokong seratus peratus kerana cuba bawa isu ini ke Parlimen. Kalau boleh diluluskan, Alhamdulillah.”

“Tengoklah, kasihan mereka, semuanya masih kecil-kecil lagi. Kalaulah daripada dulu, tak adalah saya hisap rokok”

“Lepas ini, jangan lupa RUU arak pula. Okay YB KJ, i love you, saya salute awak,” katanya.

Video yang tular di laman Instagram:

Menurut rekod Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), tabiat merokok membunuh lebih lapan juta penduduk dunia setiap tahun, termasuk 1.2 juta perokok pasif.

Khairy yakin pindaan RUU dapat menurunkan kes tiga penyakit utama, barah paru-paru, sakit jantung dan penyakit paru-paru tersumbat kronik (COPD) akibat tabiat merokok.

Terbaik ‘reverse psikologi’ Jamal!