“2 kali ditidurkan..” Suami Redha Isteri ‘Pergi’ Bersama Kandungan

Dunia kini semakin tenat dengan kehadiran varian terbaharu C19 iaitu varian Delta.

Lebih sejuta kes direkodkan di Malaysia sepanjang virus ini hadir sejak tahun 2019, berikutan kes juga semakin hari semakin tinggi sehingga mencecah 20 ribu kes harian.

Oleh kerana itu ramai orang yang telah kehilangan ahli keluarga tersayang.

Menerusi berita yang dikongsikan oleh Berita Harian, seorang individu bernama Mohd Firdaus telah berkongsi kisahnya yang kehilangan isteri tercinta akibat jangkitan virus ini.

Dikhabarkan isteri kepada Mohd Firdaus iaitu Herni Yusnilah telah pergi ke rahmatullah bersama dengan anak dalam kandungannya yang berusia 6 bulan.

Menurut Mohd Firdaus ia sangat memberi kesan kepadanya kerana dia tidak dapat menunaikan permintaan terakhir isterinya itu.

“Permintaan terakhir, isteri minta menemaninya di hospital dan katanya kalau tidak boleh masuk pun cukuplah saya berada di luar dan dia dapat melihat.

“Tiga hari terakhir ini memang memberi kesan kerana arwah isteri minta perkara yang saya tidak boleh tunaikan walaupun beberapa kali saya cuba terangkan kepadanya,”

Ditidurkan 2 kali

Katanya lagi, allahyarham isterinya telah ditidurkan sebanyak dua kali berikutan dengan faktor kesihatan yang semakin kritikal sebelum disahkan meninggal dunia.

“Kali pertama isteri ditidurkan kira-kira tujuh hari lalu selepas kesihatannya semakin merosot, namun dia menunjukkan perkembangan positif dan kembali sedar walaupun masih bergantung kepada alat bantuan oksigen.

“Bagaimanapun, kesihatannya kembali merosot dan perlu ditidurkan semula Isnin lalu, sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.40 malam,”

Reda dengan Ketentuan Allah

Mohd Firdaus turut berkongsi sebelum ini isterinya ada bertanya kepadanya jika suaminya boleh menjaga anak perempuan mereka dan menjaga ibu seperti dia lakukan.

Tambah Firdaus lagi, selama ini segala keputusan dan keperluan keluarga mereka ditentukan oleh isterinya memandangkan mereka juga ada perniagaan bersama.

“Sebelum ini arwah isteri kerap bertanya kepada saya sama ada boleh menjaga anak perempuan berusia lima tahun dan ibunya jika dia ditakdirkan ‘pergi’ dulu.

“Dia selalu bertanya kalau saya boleh jaga anak dan ibunya seperti dia lakukan. Dia sangat rapat dengan ibunya memandangkan satu-satunya anak perempuan.

“Sebelum ini, kebanyakan keputusan dalam keluarga dia yang akan putuskan, malah disifatkan sebagai ‘ahli fikir’ untuk kami semua walaupun dia anak bongsu,” katanya yang mengusahakan gerai Warong Kopi Manggis Road.

Mohd Firdaus berkata, dia kini bukan saja kehilangan ‘ahli fikir’, malah ‘patah kaki’ untuk menguruskan perniagaannya itu.

“Apa yang terhasil di kedai kami adalah hasil apa yang difikirkannya. Rupanya segala usaha yang dia lakukan adalah untuk tinggalkan buat anak kami dan ibunya.

“Sepatutnya kami potong gelang bersama kelmarin, namun takdir dia pergi dulu. Alhamdulillah, ibu mentua yang sebelum ini turut disahkan positif juga sudah sembuh,” katanya.

Status terakhir Allahyarham

Dalam pada itu, status terakhir yang dikongsikan di laman Facebook Aallahyarham menjadi perhatian kenalannya.

Di dalam perkongsian itu, Allahyarham memaklumkan dia teringin minum air buah dan menyatakan rasa macam nak menangis.

Rakan-rakan ucap takziah

Menerusi perkongsian di laman Facebook, rata-rata kenalan allahyarham meluahkan rasa sedih dengan pemergiannya.

“Innalillahi wa inna ilaihirojiun.. Perginya seorang sahabat usahawan dari Melaka, Puan Herni Yusnilah (Isteri kepada DAus Ni).

“Perkenalan yang singkat melalui program Inskenofficial membuatkan kami semua bagaikan sebuah keluarga.

“Pernah berkongsi kelas belajar kelas usahawan bersama, pernah singgah ke gerai beliau 2-3 kali.. Kopi dia sangat mantap. Konsep perniagaan sangat simple tapi menguntungkan..

“Terkejut mendengar perkhabaran yang beliau telah meninggalkan kita semua setelah bertarung dengan virus itu beberapa minggu..

“Terasa kehilangan sangat.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Allah lebih tahu mana yang terbaik buat beliau.. Semoga Daus kuat hadapi ujian ini..’


“Allah sayang Herni Yusnilah. Mohon sahabat FB Mama sedekah Alfatihah buatnya. Mama terbangun tidur, baca watsupps group MARA pemergiannya.

“Allahuakbar. 3x ditidurkan, kami baca yasin bersama geng WISE haritu. hari ni Herni dan anak dalam kandungan pergi, Allah sayang kau dek.

“Hidup ini sementara kita semua akan pulang ke kampung halaman kekal abadi jua.” tulis salah seorang kenalan Allahyarham.