“Baki akaun ada RM30 je,” 2 Bulan Tak Bayar Gaji, Bila Ditanya Majikan Terus Buang

Setiap individu yang bekerja pasti mengharapkan majikan yang telus namun pada masa kini ada juga majikan yang zalim dan tidak berhati perut.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna dikenali sebagai Emir S Hendry yang berkongsi kisah keperitan yang terpaksa dilalui oleh seorang lelaki dan keluarganya mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, lelaki yang bernama Ridzuan itu dipercayai sudah hampir 2 bulan tidak dibayar gaji oleh syarikat dimana dia bekerja.

Lebih teruk lagi adalah gaji yang diperoleh pada setiap bulan sering tidak mencukupi dan terkurang sebanyak RM400 hingga RM600 .

“Bila dia tanya pasal gaji, company terus buang.”

Bukan itu sahaja, dia juga masih mempunyai anak kecil dan memerlukan keperluan selerti pampers dan susu untuk kelangsungan hidup.

“Dalam akaun untuk masa sekarang pun ada tersisa baki RM30 je..”

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen berang dengan sikap majikan yang sangat zalim dan tidak berhati perut dimana tidak memberikan gaji penuh kepada pekerja.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berharap agar syarikat tersebut ‘lingkup’ dek kerana menganiaya pekerja.

Antara komen warga maya:

Ciapan yang tular: