“10 Tahun Diuji Tiada Zuriat, Ramai Cadangkan Kahwin Lain Tapi Saya..” – Adam Corrie

Dalam membina sebuah rumah tangga yang bahagia memerlukan kedua-dua pasangan saling setia, memahami dan bertolak ansur dalam apa jua dugaan..

Beberapa hari ini kita dikejutkan dengan isu keretakan rumah tangga seorang ‘ustaz’ muda yang telah mengundang pelbagai tanggapan dan komen dari banyak pihak.

Terbaru, pelakon popular Adam Corrie telah memuat naik status di laman Instagramnya, menceritakan pengalaman dan pandangannya tentang isteri dan keluarga.

Menerusi perkongsian tersebut, Adam Corrie menyeru semua suami supaya menjaga isteri dan anak-anak kerana ianya adalah amanah dan anugerah darii Allah.

Adam juga meminta semua orang faham bahawa bernikah sebenarnya bukan kerana makhluk, tetapi niat kerana Allah dan itu yang akan menjadi jambatan ke syurga kelak.

Malah, menurut Adam Corrie lagi, beliau pernah diduga tidak mendapat zuriat walaupun sudah 10 tahun perkahwinan.

Walaupun ada yang menasihatkannya untuk berkahwin lain, tidak ada sedetik pun di hatinya untuk menduakan isterinya itu.

“Jagalah isteri & anak sebagai anugerah & amanah yg Allah berikan pada kita sbg seorang khalifah keluarga.

Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bkn kerana makhluk & nafsu. jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Redha Allah yg kita minta.

Dugaan rumahtangga mmg banyak. Tempuhilah dengan berlapang dada.

Ada ketikanya dulu, kami diuji dgn tiada zuriat. Ramai yg cadangkan saya berkahwin lagi. Tapi saya kata, buat apa saya kahwin lagi hanya nakkan zuriat.

Kebahagian rumahtangga bkn terletak pada adanya zuriat. Tapi pada diri kita.
Bagaimana kita saling membahagiakan diri dan isteri.

Alhamdulilah selepas 10thn melayari rumahtangga. Allah anugerahkan zuriat juga iaitu @adamfatehlee. Sabar .. usaha.. doa..

Cinta perlu dipupuk dan disemai setiap masa dgn syariat. Jangan biarkan ia suram. Cintalah pasangan kita setiap masa keranaNya.

Kebahagiaan itu akan hadir dengan sendiri selepas kita berusaha, berdoa dan tawakal padaNya

Senyum selalu, Selalu bersangka baik, InsyaAllah hati tenang .

P/s: Saya bkn Ustaz, bukan Pakar motivasi . Saya Artis biasa sahaja.”

Semoga perkongsian daripada Adam Corrie ini memberikan manfaat kepada semua pembaca.