“10 kali ulang, lawak!” Selamba Makan Cili Potong, Reaksi Budak Kepedasan Tarik Perhatian Netizen

Siapa je tak suka makan pedas? Rakyat Malaysia memang sudah terkenal dengan gemar memakan makanan-makanan pedas yang disajikan di negara ini.

Siapa yang dah biasa makan pedas, pasti rasa kurang ‘kick’ kalau tak pedas. Kalau pergi ke kedai makan pula, mesti pesan ‘extra pedas’!

Baru-baru ini, gelagat seorang budak lelaki yang sengaja membuat cubaan untuk makan cili padi telah mencuit hati ramai. Kejadian tersebut telah berlaku di sebuah kedai makan.

Ceritanya bermula apabila budak lelaki itu sedang duduk di meja makan bersama lauk ayam goreng kunyit, nasi putih dan beberapa hiris cili padi yang dipesan.

Dia yang melihat hirisan cili padi tersebut bertindak untuk memakannya dengan penuh gaya! Apa yang membuatkan ramai berdekah apabila dia mengambil tiga hiris cili padi sekali gus dan masukkan ke dalam sudunya!

Tanpa berlaukkan apa-apa, hanya nasi putih dengan cili padi yang dikautnya tadi, dia pun menelan nasi putih dengan cili padi tersebut. Tak sampai beberapa kali dia mengunyah, dahinya berkerut. Dia terus mengeluarkan kembali cili padi dan nasi putih yang ditelannya tadi!

Dua orang lelaki yang kelihatan menemani budak lelaki tersebut turut berdekah melihat gelagat budak itu. Mana tak nya, budak lelaki tadi terus mencapai segelas air minuman sejuk untuk menghilangkan rasa pedasnya tadi.

Walaupun sudah habis segelas air diteguknya, masih tidak cukup melegakan api yang berada dalam mulutnya. Sampai habis air minuman lelaki tadi diteguknya. Dia kemudiannya dihulurkan lagi satu gelas air untuk meredakan rasa pedas tadi.

Pemuda yang bekerja di situ juga tertawa melihat gelagat budak lelaki tadi.

Setakat ini, video berdurasi 45 saat yang dimuatnaik oleh @irfnnqib telah meraih jumlah tontonan sebanyak 63.1 ribu kali, 7682 tanda suka dan 72 komen!

Video yang tular di TikTok

@irfnnqibKecik kecik cili padi 😂 ##fyp ##fypdongggggggg ##viral♬ bunyi asal – teah <33 ♡

Di ruangan komen pula, rata-ratanya ketawa serta sempat memuji kecomelan budak itu. Ada juga yang berkata budak tersebut berlagak seakan-akan pro kerana aksi berani yang dipaparkan di video TikTok tersebut.

Berikut antara komen-komen menarik

“naa buat staii lagi HAHAHAHAHA”

“baru nak komen anak jati Malaysia”


“Dia punya nak buat stai amek sampai 3 hirisan la ahaha”