Connect with us

Selebriti

Ziana Zain Enggan Putuskan Hubungan Anak2 Dengan Bekas Suami

Kalau ditanya kepada mana-mana pasangan yang sudah berumah tangga pun sudah tentu tiada yang menginginkan perpisahan. Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang sudah mempunyai anak bersama.

Iospital phone repair gombak

Begitu jugalah seperti penyanyi wanita tanah air terkenal iaitu Ziana Zain yang pernah dilaporkan telah bercerai dengan bekas suaminya, Armin Zaharin pada tahun 2018.

Setelah genap empat tahun memegang status ibu tunggal, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54 berkata dia tidak melarang anak-anak meneruskan hubungan baik dengan bapa kandung mereka.

“Saya tidak akan pisahkan anak-anak dengan bapa dia orang. Saya cakap dengan anak-anak saya nak hidup mereka ada keberkatan dari ayah dan juga ibu.

“Saya tak nak anak-anak saya derhaka kepada ayah dia dan juga saya,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Next To Neelofa musim kedua di Astro Ria pada Sabtu.

Ketika berlangsungnya rancangan berkenaan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Madah Berhelah ini turut dilihat sebak dan menitiskan air mata berkongsi kisah perjalanan hidupnya itu.

Selain itu, Ziana juga memberitahu dia sudah meninggalkan pesanan kepada anak-anaknya agar menjaga bapa mereka apabila sudah tua nanti. Malah, dia sama sekali tidak memarahi jika mereka mengambil tanggungjawab itu.

“Sekiranya tiada siapa pun jaga ayah apabila dah tua, saya pesan agar mereka ambil dan jaga ayah. Saya tidak akan marah, itu tugas mereka,” katanya.

Untuk rekod, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas tuduhan mencederakan anak lelakinya pada Mei 2018.

Perkahwinan selama 20 tahun itu berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 12 Julai 2018.

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)