Connect with us

Selebriti

Nyanyi Nasyid Dengan Cara Sendiri, Gelagat Fazura Buat Netizen Terhibur

Nama Nur Fazura sememangnya tidak asing lagi terutamanya dalam dunia hiburan. Boleh dikatakan, selebriti ini cukup popular dan dikenali ramai. Malah dia juga sering mendapat perhatian netizen di platform media sosial.

Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, dia juga mempunyai kebolehan untuk bernyanyi serta turut memiliki beberapa single lagu dan album solo sekitar tahun 2014-2017.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin telah mencuri tumpuan warganet apabila memuat naik satu perkongsian video dan menyanyikan lagu di laman TikTok.

Menerusi hantaran tersebut, memaparkan Fazura yang sedang menyanyi serta melantukan sebuah lagu nasyid dengan ‘caranya’ tersendiri sambil bergerak ke kiri dan ke kanan seperti gaya-gaya penyanyi nasyid ketika melakukan persembahan di pentas.

“Sengal betul la.. sorry korang!…” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada masa yang sama, rakaman nyanyian isteri kepada pelakon Fattah Amin ini juga membuatkan ramai pengikut dan peminatnya yang meluahkan rasa teruja serta terhibur melihat telatah Fazura walaupun lirik dan lagu berkenaan kedengaran ‘pelik’.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi dengan video nyanyian pelakon yang berusia 39 tahun ini dan ada yang mengatakan gaya tudung Fazura ini sama seperti penyanyi nasyid dulu-dulu. Selain itu, mereka juga menyifatkan lagu tersebut sudah mula ‘melekat’ dan tergiang-giang di dalam minda kerana alunannya.

Bukan itu sahaja, netizen turut berseloroh kerana gelagat Fazura itu dilihat seperti ustazah yang mahu mengajar budak-budak nasyid untuk membuat persembahan di sekolah dan sangat mencuit hati ramai.

 

Antara komen warga maya:

“adui faz…lawak betul lah mommy Nyamma ni…”


“haishhh faz ni buatlah macam mana pun tetap comey dimata saya…”


“comel nya macam ustazah tengah ajar budak nasyid untuk persembahan kat sekolah…”

“tudung pattern line macam ni hitss ooo zaman awal 200an…”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@fazuraofficial Sengal betul la.. sorry korang! 😂 @myfazura ♬ original sound – Fazura

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 76.0k tontonan, 4920 tanda suka,320 komen, 94 simpanan, 174 perkongsian di laman TikTok.

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)