Mahu Perbaiki Diri Dari Segi Agama, Zarina Anjoulie & Yas Rujuk Semula

Hampir sebulan kes perceraian Zarina Anjoulie dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas, pelakon sensasi itu pada Selasa mengumumkan sudah rujuk semula sebagai suami isteri.

Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul atau Zarina memberitahu keputusan itu dibuat selepas mereka mengetepikan ego masing-masing dan berbincang secara baik.

Zarina tidak mahu putus asa dengan perkahwinan yang dibina

Beliau turut mengakui tidak mahu sewenang-wenangnya putus asa dengan perkahwinan yang sudah dibina.

Malah Zarina turut berkata dia dan suaminya akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi rumah tangga mereka terutama dari segi agama dan mahu belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak.

Mungkin sebelum ini dua-dua ego

“Ya, betul (rujuk), kami pun dah berbincang dan berbaik-baik, Alhamdulillah. Kami berdua nak perbaiki lagi diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, dua-dua ego.”

“Tapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa macam tak nak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senangkan.”

Kami ke arah yang lebih baik

“Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik terutama dari segi agama.”

“Saya nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak. Kalau jodoh dan cinta itu kuat, Insya-Allah.”

Mohon semua mendoakan saya

“Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” lapor  mStar.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon drama Anak Pontianak ini meminta agar para wanita berhenti meninggalkan mesej kepada bekas suaminya yang dikenali sebagai  Eilyas Azhar kerana mereka kini kembali bergelar suami isteri.

Terdahulu, pelakon berusia 33 tahun itu berkongsi status mengatakan dia sudah rujuk bersama Yas dan meminta mana-mana wanita berhenti menghantar mesej di laman sosial suaminya.

Pasangan ini bernikah pada 17 Julai tahun lalu.

Pada 10 Februari lalu, Zarina memuat naik video dia hadir ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan penceraian mereka.

Sebelum ini Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.