“You antara artis yang sangat humble” Alif Satar Tak Segan Mengaku Pernah Jadi Budak Flat

Jarang sekali kita dengar nama usahawan, pelakon, penyanyi, dan pengacara yang telah dinobatkan pelbagai anugerah di Malaysia iaitu Alif Satar terpalit dengan kontroversi liar.

Iospital phone repair gombak

Malah, anak seni yang cukup berbakat ini merupakan salah seorang selebriti yang disenangi oleh ramai rakan artis termasuklah golongan senior mahupun junior.

Terbaharu, Alif ada berkongsikan beberapa keping gambar dia bersama anak-anak kembali menjenguk ke tempat tinggal lamanya bersama keluarga.

Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram milik Alif sendiri, dia mengimbau kenangan manisnya ketika kecil dahulu di rumah pangsa.

Kata Alif, kehidupannya masa kecil sama seperti kehidupan kanak-kanak yang lain. Malah, dulu Alif juga salah seorang budak yang menetap di flat Wangsa Maju dari tahun 1990 hingga tahun 1997.

Tambah Alif lagi, semasa darjah satu dan dua, dia bersekolah di Sekolah Rendah Wangsa Maju sebelum berpindah ke United Kingdom, mengikuti kedua ibu bapanya sambung belajar dengan tajaan biasiswa di sana.

Sekembalinya mereka ke tanah air, Alif dan keluarganya masih lagi menetap di Wangsa Maju sebelum berpindah di Hartamas pada tahun 2000.

“Beb, kat sini lah Alif membesar, macam-macam memori Alif kumpul kat sini. Paling best bila bawa anak-anak jalan haritu. Rupanya jiran-jiran lama masa ada lagi kat sini. Kind loving people they all are, and i wish them all the best” ungkap Alif.

Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-rata kagum dengan sifat rendah diri Alif walaupun sudah menjadi bintang terkenal.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Instagram

“our parents brought u up so well Alif♥️”

“And thats why I love you Alif 😍😍😍😍 you antara artis yg sgt2 humble sepanjang akk bekerja kat BH dulu… ❤️”


“Never ever forget our roots yess 🙌 Oh blessed be, I love stories like these 😍 May your children membesar to be as humane and as humble as their parents, in sya Allah ❤️”

“Terbaik Alif. Tak ramai orang macam kau… Dah terbang tinggi masih lagi lihat kebumi. Terbaik bro! Semoga anak2 ko juga mendapat keberkatan hasil didikan terbaik ko & wife. Mantap!!! Semoga terus diperluaskan rezeki sekeluarga.”

Hantaran yang tular di  Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)