Peminat Terkejut Tiba2 “Kanda” Depan Mata, Netizen Suka Tengok Remy Ishak Tak Sombong Dengan Peminat, Siap Package Senyum!

Terdahulu, nama pelakon kacak berkulit hitam manis Remy Ishak hangat menjadi bualan ramai apabila sifatnya yang peramah tidak berkira membantu pasangan pelancong di Tasik Cermin mengambil gambar.

Iospital phone repair gombak

Sudahlah terkenal, rendah diri pula dengan orang ramai membuatkan peminat mahupun sebaliknya kagum dan terharu melihat Remy.

Beberapa hari lepas, tular lagi satu rakaman di TikTok memaparkan seorang peminatnya @byran.my, ‘cair’ selepas terserempak dengan hero Malaya kegemaran ramai itu.

Menerusi video yang dikongsi, wanita berkenaan berada di dalam kereta, kebetulan memarkir kereta berdekatan kenderaan pelakon itu.

Dia yang teruja melihat Remy di depan mata terus melambai kepada aktor tersebut. Lebih mengujakan, lambaiannya dibalas dengan senyuman!

“Terkejut kita tiba-tiba ‘kanda’ depan mata,” tulis wanita berkenaan di ruangan kapsyen.

Setakat artikel ini ditulis, video tular itu berjaya meraih jumlah tontonan sehingga 352.1 ribu serta mendapat 7182 tanda suka!

Ketika meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan respons senang melihat artis yang mesra dengan peminat dan sporting seperti Remy.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Sporting remy ishak ni hari Tu jumpa dkt masjid wilayah time solat jumaat dia belanja semua orang mkn 🥰isteri dia pun Ada sekali senyum manis je”

“Omg… Sporting nyer dia”

“Gitu ja kau jumpa dia sis😂”


“Untung siap package senyum 😂”

“Seronok tengok artis² yang jenis peramah, rendah diri ni😁”

“nasib baik i xjumpa Remy. if not, pengsan…😁”

Video yang tular di laman TikTok

@byran.my Terkejut kita tiba tiba “kanda” depan mata 😂 #remyishak ♬ original sound – Byran.my