“Yang sebelah sana nak buat drama, lantak dia,” Kak Mel Nafi Panggil Datin Shahida ‘Si Bod*h’ & ‘Betina’

Bekas pembantu peribadi usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri, Melati Abdul Ghani akui kini mahu memberi tumpuan kepada bisnesnya sahaja dan memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai segala dakwaan yang dilemparkan oleh Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kepadanya.

Melati mendedahkan perkara tersebut di dalam posting yang dimuat naik di Insta Story miliknya.

“Saya tak nak buat apa-apa penjelasan. Saya tengah sibuk dengan tempahan yang masuk terlampau banyak. Jadi saya nak fokus dulu dengan tempahan.”

Menurutnya lagi, terpulang sahaja andai pihak mereka ingin menuduh dirinya berkelakuan sedemikian.

“Yang sebelah sana nak buat drama, nak buat sinetron terdesak, lantak dia la.”

Melati juga memberitahu dia menegaskan dirinya langsung tidak pernah memanggil Shahida dengan panggilan kesat seperti yang didakwa.

“Sejak bila saya panggil dia macam tu. Ni sekarang siapa fitnah siapa ni! Nauzubillah.”

Sebelum ini, Shahida dikatakan menzahirkan rasa terkilan terhadap Melati kerana sanggup memburuk-burukkan mereka sekeluarga.

Bahkan, Shahida mendakwa Melati memanggilnya dengan pelbagai gelaran tidak sedap didengar seperti ‘Si Bodoh’, ‘Ustazah Jadian’, ‘Betina’ dan lain-lain panggilan buruk.

Namun begitu, menurut Shahida tindakannya memuat naik perkongsian berbentuk luahan hati itu bukan untuk mengaibkan Melati.

Dia hanya mahu menjelaskan sahaja keadaan sebenar supaya tidak terus dipandang sinis oleh masyarakat tentang isu terbabit.


Part 4 Saya menulis ni bukan utk mengaibkan kak mel

Kak mel berjasa jaga anak2 kami & keluarga saya.Jangan la harapnya memburuk2 atau bergaduh di mana2 ruangan komen.

Saya hanya ingin menjelaskan keadaan supaya org terus tidak berburuk sangka pada kami.

Bila diam orang kata salah,bila bersuara orang kata nak berlawan,Demi Allah tiada niat sebegitu melainkan hanya ingin anda semua jelas.

Saya terkejut kak mel ‘ pusing cerita’ ni utk semata2 utk viral,meraih viewer dan followers.Kalau ya pun kak nak viral jgn la mewujudkam cerita yg tidak benar.

Saya berani menulis sebab saya ada segala bukti sebelum akk berhenti x ada benda buruk yg kami lakukan pada akk.

Janganlah kak mel menimbulkan perkara2 yg x wujud kak mel..saya sendiri xmenganggu privacy akk,kisah peribadi selepas atau terkini dlm kehidupan kak mel. Fokusla pada bisnes Tauhu kak mel dan move on la.Asyik cakap kami tak move on..
.
Saya tak tahu lepas ni apa lagi yg mungkin kak mel akan terus menerus bercerita hal keluarga saya,menyerang isu peribadi atau apa sahaja samada benar,menambah cerita atau mengada2 kan cerita yg x sahih.

Niat nak menjatuhkan perniagaan dn nama baik kami ..saya dah bersedia bila saya ambil risiko menulis benda ni.Apapun yg keluar selepas ni saya takkan komen sebab saya yakin Allah lebih mengetahui.

Akhir kata,saya lali hidup dalam kecaman dan kejian manusia, kecewa sedih saya dah sebati lalui , Allah tidak menilai saya seperti orang lain menilai saya.Walaupun orang kata kami mcm2,takkan la tak ada kebaikan kami langsung pada orang lain.Kami sedar kami bukan orang baik,sbb tak ada manusia sempurna,kita je tahu baik buruk diri kita.