“Why are u late?” Balik Lewat Maghrib, Gelagat Anak Marah Ayah Siap Pegang Hanger Buat Ramai Terhibur

Setelah penat seharian bekerja mencari rezeki untuk keluarga, sudah pasti kaum adam akan meluangkan masa bersama kawan-kawan dengan melakukan hobi tersendiri seperti memancing, bermain futsal, bermain basikal dan banyak lagi. Ianya seolah-olah ‘me time’ bagi mereka.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, limit untuk melakukan hobi semakin terhad jika sudah mempunyai anak. Perhatian yang lebih perlu diberikan kepada mereka.

Jadi tidak hairan lah jika kaum adam yang sekali sekala lewat pulang ke rumah bila keluar melakukan hobi.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang kanak-kanak memarahi ayahnya kerana balik rumah pada waktu Maghrib telah mencuit hati ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ierashac itu, kelihatan suaminya keluar bermain basikal namun pulang ketika waktu maghrib.

“Kita dulu kalau balik time2 macam ni, sebelum masuk rumah, dapat habuan dulu. 🤣” tulisnya di ruangan video tersebut.

Oleh kerana itu, anaknya menunggu si ayah di pagar sambil memegang sebatang hanger kononnya ingin tunjuk garang malah sempat memberikan pesanan pada ayahnya.

“Next time no cycling. Already night. You see it’s already night” bebelnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat si comel itu malah memuji didikan ibu bapa terhadapnya.

“Itulah, dah tak tahu nak balik sebelum Maghrib. Kan dah kena bebel dengan anak” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan si isteri sudah tidak payah pening kepala untuk bebel kepada suami kerana ‘tugas’ itu telah diturunkan kepada anaknya.

Antara komen warga maya:

“”already night, already maghrib” HAHAHAHA soo cute”

“senang keje mama, awish dh take over”


“Tu lah 😅@dah tak tahu nak balik sebelum magrib kan dah kena berletek😂😂😂😂😂”

“bijaknya awak..geram je dgr…🤣🤣🤣🤣🤣 dh blh ganti Mami mrh day die”

Video yang tular di laman TikTok:

@ierashac Replying to @opiee02 Kita dulu kalau balik time2 macam ni, sebelum masuk rumah, dapat habuan dulu. 🤣 #IDarwish #parents #asianparenting #parenting #fyp ♬ Funny – Gold-Tiger