“Weh legend gila ni..” Berkumpul Dalam Satu Video, Gelagat ‘Otai’ Raja Lawak Buat Netizen Teruja

Siapa yang tidak ingat dengan rancangan hiburan Raja Lawak Astro yang pernah mencetuskan fenomena dalam dunia lawak suatu ketika dulu. Peserta-peserta rancangan tersebut merupakan pelawak yang disukai dan disegani ramai sehingga kini.

Dulu lawak mereka walaupun ‘simple’ dan bersahaja memang tiada unsur ‘double meaning’. Walaupun sekarang, ramai pelapis mereka dalam industri hiburan sememangnya tiada tandingan dengan yang pelawak yang lama.

Rancangan Raja Lawak ini mempunyai 7 musim yang pernah disertai oleh ramai selebriti pelawak yang masih disebuti di kalangan peminat.

Seperti sedia maklum, musim pertama pada tahun 2007 merupakan saat kegemilangan bagi Zizan Razak dan Johan sebagai kumpulan Jozan.

Musim kedua pula dimenangi oleh Nabil Ahmad dan musim ketiga berpihak kepada kumpulan Sepah yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Mamat.

Namun, baru-baru ini Jep Sepahtu, Nabil Ahmad dan Zizan Razak telah menemukan mereka di Stesen Radio Era Fm. Menerusi video yang dimuat naik oleh @era.je memaparkan pertemuan mereka yang sedang bergelak ketawa dan bersalaman antara satu sama lain.

Ketiga-tiga pelawak yang sudah lama menempatkan diri mereka dalam industri hiburan telah berjaya mengorak langkah bertahun-tahun lamanya sebagai anak seni yang berjaya. Nama mereka sering sahaja disebuti dan diinganti di kalangan peminat yang membesar dengan lawak mereka

Rata-rata warga netizen teruja dengan video tersebut dan ada yang mengamit memori melihat mereka begitu.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengundang pelbagai reaksi yang menyifatkan pertemuan mereka sebagai otai Raja Lawak. Bukan itu sahaja, ada yang mengharapakan mereka untuk bergabung dan muncul dalam Sepahtu Reunion.


Antara komen warga-warga netizen di laman TikTok:

“Boleh panggil depan ni otai-otai MLM ni..”

“Weyh ni syok gilerr..zizan+jep+nabil..”


“Try collab nabil jep zizan balik macam karoot komedia dulu..auto function..”

“What a wholesome thing to watch today..”

Video yang tular di laman Tiktok:

@era.je Meriah gila breakfast pagi ni, rasa macam dekat hotel. Nasib baik tak boleh bawa kambing golek yang kat mesin tu, kalau tak dah buat kat depan studio ni. 😂 #sharERA #3PagiERA #fyp ♬ original sound – ERA