Warga Emas Didakwa Bersiar-siar Tunggu Bantuan Makanan, Didenda RM1000 Ingkar PKP

Seorang warga emas berumur 80 tahun dilaporkan telah didenda sebanyak RM1000 kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas menunggu bantuan makanan di luar rumah. Warga emas tersebut atau lebih mesra dikenali sebagai Mr. Li dikatakan sedang menunggu berhampiran kawasan restoran untuk menerima bantuan makanan pada 10.30 pagi pada Sabtu lalu (11 April), apabila beliau [...]

Seluruh dunia ketika ini sedang bertungkus-lumus menangai wabak Covid-19 begitu juga Malaysia yang mana rakyat perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan.

Di Malaysia, hanya beberapa sektor tertentu yang bekerja dan selebih rakyat Malaysia perlu duduk dirumah masing-masing dan hanya keluar membeli barang keperluan sahaja.

Warga emas 80 tahun didenda 

Terbaru, seorang warga emas berumur 80 tahun dilaporkan telah didenda sebanyak RM1000.

Warga emas tersebut didakwa telah mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas menunggu bantuan makanan di luar rumah, lapor Sinchew.

Warga emas itu yang lebih mesra disapa Mr. Li dikatakan sedang menunggu berhampiran kawasan restoran untuk menerima bantuan makanan.

Kejadian berlaku pada 10.30 pagi pada Sabtu lalu (11 April), apabila beliau didatangi oleh anggota polis.

Didenda kerana bersiar-siar di luar rumah ketika PKP

Mr. Li didakwa atas kesalahan melanggar PKP dengan bersiar-siar di luar rumah ketika kejadian berlaku.

Ekoran itu, warga emas ini telah dikenakan denda sebanyak RM1000 kerana kesalahan yang dilakukan itu.

Warga emas ini tinggal bersendirian dan hidup susah

Sementara itu, menurut Li Junmin, Ketua Pegawai Kewangan Buddha Ayer Kuning, Mr. Li tinggal bersendirian di sebuah rumah usang dan merupakan seorang yang sangat susah.

Selalunya, Mr. Li akan keluar menoreh getah, bercucuk tanam atau melakukan apa-apa pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.


Organisasi Buddha bantu sediakan makanan 2 kali sehari

Menurut Li Junmin lagi, organisasi Buddha akan membantu mereka ketika PKP ini dengan menyediakan dua hidangan makanan dalam sehari di restoran berdekatan.

“Saya yakin dia keluar hanya untuk mengambil makanan di restoran”ujar Li Junmin.

Warga emas itu menghidap penyakit narcolepsy

Selain itu, Li Junmin juga mendedahkan bahawa Mr. Li sebenarnya menghidap penyakit ‘narcolepsy’.

Ia merupakan satu penyakit masalah tidur di mana seseorang itu boleh tidur secara tiba-tiba pada bila-bila masa.

Untuk menyelesaikan masalah ini, penduduk kampung di Ayer Kuning telah membuat kutipan derma untuk membantu membayar denda buat Mr. Li.

Semoga golongan yang memerlukan bantuan ketika PKP ini mendapat bantuan untuk kelansungan hidup mereka.