Terdapat pelbagai isu berkait dengan penghantar makanan dan juga pelanggan malah ada yang sehingga berlaku salah faham dan akhirnya tular di media sosial.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Twitter yang merupakan pembuat dan penjual kek telah meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila kek pelanggannya yang dihantar oleh rider telah hancur.
Bukan itu sahaja, dia juga berang apabila rider mengatakan kek yang dihasilkan itu adalah kek murah.
Susulan perkara tersebut, wanita itu meminta rider untuk membayar ganti rugi sebanyak RM113 kepadanya namun rider hanya membuat pembayaran sebanyak RM 110 dan masih tidak cukup RM 3.

Bagaimana pun, ramai daripada netizen yang mengecam semula perkongsian wanita tersebut yang dianggap sangat biadap dan salah faham dengan kata-kata rider tersebut apabila rider itu mengatakan upahnya murah bukanlah merujuk kek.

Bukan setakat memarahi rider malah penjual kek tersebut mengeluarkan ayat yang bersifat racist.
The Internet is forever.
Rrecap:
Cake maker hantar kek bernilai RM 113 pakai Lalamove but pilih motor. Bila sampai kek hancur pastu cake maker demand refund dari rider. Rider refund RM 100 pastu maker bising tak cukup lagi RM 3. Cake maker also made a racist comment. pic.twitter.com/T0lGRKisvm
— Dear Leader 🇰🇵 (@santeira) September 14, 2022
Also if you’re this pissed over something like this when it was, on a larger part, your own fault, something is wrong with your hormones. Sun.
— Dear Leader 🇰🇵 (@santeira) September 14, 2022
Tolong reveal nama dan gambar dia please. Kami nak bayarkan kerugian dia @izzatibakes pic.twitter.com/VvDCOMK03V
— Dear Leader 🇰🇵 (@santeira) September 15, 2022
Berikut antara komen warga maya:
Kalau betul dia order lalamove motor memang patut kena la. Aku as rider pun petak bila dapat order macam tu. Cake tu fragile tau. Macam hati 🥺😔 https://t.co/MvHvugSvwJ
— Jong Dayeong (@firdausjong) September 15, 2022
Dah lah rude, rm3 pun berkira. Bercakap langsung takde manner. Japgi netizen boikot bisnes karang baru tahu https://t.co/dd2wC11p6g
— KieNad (@nadiaaaaa77) September 15, 2022
Selamat pagi kecuali si pembuli uncle minta refund langsung tiada empati & hati perut terpaling betul dengan ucapan makan lah kek tu sendiri buat sendiri jual sendiri beli sendiri pos sendiri komen sendiri aku benci
aku ingin bingar aku mau di pasar bosan aku dengan penat.— MohdFaizalHassan 🇲🇾 (@f4izalhassan) September 15, 2022