Wanita Ini Tunjuk Cara Urus Pakaian Guna ‘Open Wardrobe’, Tak Payah Lipat Dah Tetap Kemas dan Cantik

Seperti dijanjikan, ini perkongsian hani mengenai pengurusan pakaian. Macam kebanyakan mak-mak, isteri-isteri, house chores yg hani paling malas nak buat ialah melipat baju.

Punyalah malas nak melipat baju, sampaikan hani ckp kat alif nak korbankan satu dinding kat bilik tidur kedua utk dijadikan “open wardrobe”.

Memandangkan sebelum ni pun mmg dah sangkut dua penyangkut tu utk jemur baju lembap (rumah flat; jemur baju dlm bilik je); so hanya tambahkan lagi dua penyangkut kat sebelah tu, makanya semua baju harian kami suami isteri sangkut kat situ.

Nampak mcm tak banyak je kan baju harian nya tapi last spring cleaning tahun lepas banyak baju yg hani buang dan dermakan. Sbb kadang2 mmg jenis suka menyimpan pakaian kan tp pakai nya baju yg sama berulang2 haha so simpan yg akan dipakai shj.

Untuk tips pengurusan pakaian hani:

1. Kena buat spring cleaning baju yg banyak2 (sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju2). i.e

  • baju yg dah tak muat boleh diberi orang
  • baju yg koyak (yg kita rasa kita akan jahit tp dah lebih sebulan tak jahit2, boleh lah dibuang haha sbb kalau baju tu “penting” atau kita sayang confirm kita dah jahit tak tunggu berbulan haha)
  • baju, tuala, cadar yg kotor dan lusuh (tak boleh dihilangkan kotorannnya, bertaik lalat) boleh lah dibuang
  • baju free atau baju promosi yg kita tak akan pakai dah boleh diberi org atau diguna semula.

2. Gunakan rule ni: satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baru masuk, jgn beli.

Haha perempuan nak bersederhana bab ni mmg payah. Tp dah dua tahun, ini lah prinsip hani haha. Kalau nak membeli juga, maknanya ada satu helai yg kita takkan pakai, boleh lah dijual atau diberi orang haha

3. Gunakan penyangkut baju (hanger) yang satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je. Supaya semua nampak kemas dan seragam.

4. Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi2 nak pg kerja.

5. Untuk tuala, khaskan dua helai tuala utk seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti. Rumah kitorg takda dryer haha. Sediakan dua tuala utk tetamu.


6. Untuk cadar dan sarung bantal – masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Memudahkan proses menukar cadar setiap minggu. Boleh belajar cara yg sebetulnya utk melipat cadar supaya lebih kemas.

7. Mana-mana pakaian yg lebih2 yg rasa nak simpan, boleh simpan tp simpan dlm bekas tertutup (utk elakkan debu bertahun) dan pastikn bekas berlabel. Hani prefer bekas tak transparent supaya tak nampak isi barang dlm tu.

P/s: tips nak jemur baju dlm rumah ada kat caption gambar ya

Good nite dan Semoga bermanfaat.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Artikel ini adalah perkongsian Hani Mynis di Facebook beliau. Anda boleh membaca tulisan asal beliau di sini.[/su_note]