Semua wanita pasti sangat mengutamakan kulit muka berbanding kulit di bahagian badan yang lain seperti tangan dan kaki.

Maka tidak hairanlah kalau kulit muka lebih berseri dan cerah tetapi kulit tangan atau kaki sangat kusam.

Ada beberapa cara yang sangat mudah untuk mencerahkan kulit tangan dan kaki dengan cepat dan yang paling penting tanpa menggunakan bahan yang mahal dan banyak.

Puan Eina Shukry ini telah mengamalkan satu petua yang dipraktikkan oleh beliau sendiri dan hanya dalam tempoh satu bulan kita dapat lihat perubahan.

Beliau hanya menggunakan gabungan dua produk sahaja iaitu krim kecantikan Safi. dan losyen Vaseline/ Nivea.

Jom ikuti perkongsian Puan Eina Shukry Cara-cara Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki Dengan 2 Bahan.

Kredit Foto: Eina Shukry

INILAH dua bahan utama yang saya amalkan untuk kulit tangan dan kaki memandangkan dah berkerak sangat. Duk sental-sental hilang daki kejap je, putihnya tidak kekal mana.

Boleh juga pakai dekat seluruh badan, tapi saya lebih fokus dekat tangan je sebab tangan dah kontra dengan kulit muka. Kulit muka bertona-tona cerah sejak amalkan produk kecantikan.

Bila letak tangan dekat muka beza sangat, so thats why cari solution simple ni. Murah pun murah. Penggunaan untuk berbulan-bulan dengan sekali invest je.

Saya dapat tips ni pun dari rakan fb juga. Tak tahu siapa. Dah lupa. Lepas tu terus pergi cari losyen dengan krim Safi ni. Terima kasih pada empunya tips.

Saya amalkan losyen Vaseline dengan Krim Safi dalam masa sebulan dan lihatlah hasilnya. Itu pun saya pakai setiap hari sebelah malam je. Siang harinya tak boleh sebab ade anak kecil, sikit-sikit basuh tangan, rugi losyen nanti.

Untuk hasil yang terbaik, pakai waktu malam dan siang. Lebih cepat kesan dia.

Gambar atas mungkin selepas dua minggu penggunaan. Gambar bawah tambah lagi dua minggu penggunaan. Lebih kurang sebulan.

Sebelum ni tangan tak la sebegitu rupa. Lebih malap dari ni tapi tak la teruk. Jadi saya polish setiap malam, maka itulah hasilnya.

 

Cara Pakai

Kredit Foto: Eina Shukry
  • Calit-calit dulu krim safi kat kulit kita dan sapu sampai rata, barulah sapu losyen.

Nota Tambahan

  • Pastikan losyen tersebut dari Vaseline/nivea.
  • Krim safi tersebut gabungan lidah buaya dan habbatus sauda yang warna hijau (Krim Kecantikan).
  • Jangan tertukar antara krim kecantikan dan krim pelembab. Ramai yang salah beli.
  • Bagi yang berminat mahu mencerahkan atau memutihkan kulit tangan dan kaki atau di mana-mana anggota badan yang lain boleh la mencubanya sendiri.

Sumber: Eina Shukry