Wanita dan Bayi Dalam Kandungan Maut di Hospital, Sempat Diusung Orang Kampung Sejauh 7KM

Meskipun kecanggihan teknologi dalam segi perubatan sudah semakin maju, namun tak semua berpeluang merasakan kemudahan berkenaan.

Iospital phone repair gombak

Lagi-lagi buat mereka yang masih tinggal di kawasan pedalaman. Jauh dari bandar malah sukar untuk meminta bantuan daripada orang ramai.

Baru-baru ini, tular satu kisah menyayat hati dimana seorang ibu hamil bersama anak yang dikandungnya maut selepas diusung menggunakan kain sarung.

Menurut sumber lain, wanita dan bayi di Indonesia berkenaan maut sebaik sahaja usai si ibu melahirkan gara-gara keletihan kerana diusung sejauh 7 kilometer.

Kata Ketua Pengarah Hospital Lasinrang Pinrang, Dr. Moh Inwan Ahsan, wanita yang berasal daripada Kampung Kariango, Sulawesi Selatan itu berada dalam keadaan yang sangat lemah sebaik saja tiba di hospital selepas dibawa untuk mendapatkan rawatan di sana.

“Dia yang tiba di hospital pada petang Jumaat (6 Januari) mempunyai muka yang sangat pucat selain daripada keadaannya yang dilihatkan begitu lemah.”

Bukan itu saja, hasil pemeriksaan ultrasound pasukan perubatan di hospital berkenaan mendapati bayinya telah pun meninggal dunia di dalam kandungan.

Situasi cemas itu menyebabkan wanita berkenaan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami pendarahan di bahagian rahim sebelum meninggal dunia pada Sabtu (7 Januari).

Difahamkan, mangsa, 33 tahun tinggal di sebuah kawasan yang terpencil dan berbukit sehingga menyukarkan kenderaan pacuan empat roda untuk masuk ke kampungnya.

Susulan kekurangan kemudahan, bidan yang turut mengiringi wanita tersebut bersama penduduk kampung lain memaklumkan mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 7 kilometer bersamaan tiga jam untuk sampai ke hospital.

Video yang tular di laman YouTube