“Wangi kan?” Berkerut Hidu Bau Durian Buat Kali Pertama, Aksi Lelaki Jepun Ini Curi Perhatian Ramai

Seperti yang kita tahu, buah durian digelar sebagai ‘King of the Fruits’ disebabkan banyak khasiat dan rasa lazat mengikut kata penggemar buah ini.

Iospital phone repair gombak

Buah durian juga dikatakan mengandungi pelbagai vitamin yang tinggi seperti vitamin B, C, E, dan kaya dengan kalsium, magnesium, serta pelbagai lagi jenis mineral yang lain.

Walaupun durian ini begitu banyak khasiatnya, ada juga sesetengah individu yang tidak boleh dekat dengan buah tersebut kerana aroma buah durian itu yang sangat menyengat.

Begitu juga dengan video yang dikongsikan di laman TikTok oleh pengguna @jepunmudah, dia telah merakamkan aksi kawannya yang berbangsa Jepun yang disuruh untuk menghidu buah durian tersebut.

Menerusi video berkenaan, lelaki Jepun itu lantas berkerut dan terus mengalihkan mukanya saripada buah durian itu.

Perakam tersebut pula bertanyakan kepadanya, “Wangi kan?”

Lelaki Jepun itu terus menggelengkan kepalanya dan menyatakan bahawa bau buah itu sangat busuk baunya.

Namun, itu merupakan perkara biasa buat sesiapa sahaja yang belum pernah untuk cuba menikmati buah ‘King of the Fruits’ itu lebih-lebih lagi mereka yang bukan berasal daripada negara kita.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai menyatakan bahawa belum rasa lagi maka dia belum tahu lagi akan kenikmatan buah tersebut.

Ada juga warga netizen yang membandingkan makanan Jepun ‘nato’ yang dirasakan sebenarnya lebih berbau daripada bau durian berkenaan.

Antara komen netizen:

“tak kenal maka tak cinta”


“Bau tk busuk tpi bau kuat sampai pening dan demam…tpi kalu makan ok ja…cuma ambil bau jangan sesekali”

“berani dia kata busuk gila doh kt durian dengan ini saya kata balik bawah nato x sedp 🗿😂😂”

“bukak n bg die test rase.mesti ketagih tu nnti😂😂😂”

“Bau je. Kena cuba rasa. Kalau dia x suka baru la boleh dikatakan dia x suka durian😂”

Video TikTok yang tular:

@jepunmudah Kecam dia guys 🤣🤣 muka tak tahan tuu #japanvlog #japanese #durian #hantudurian #fyp ♬ Funny Comedy Background Music 1 min – CircleNoteMusic