“Teruja nak balik..” Walau Dah Lengkap Vaksin, Pembantu Rumah Puteri Sarah ‘Sangkut’ Di Airport Tak Dibenarkan Pulang

Umum mengetahui bahawa individu yang telah menerima 2 dos lengkap vaksin akan dibenarkan merentas negara bagi urusan tertentu.

Urusan keluar masuk negara kini semakin sukar dan memerlukan beberapa dokumen lengkap.

Perkara ini berlanjutan sehingga negara mencecah 80 peratus rakyat yang lengkap divaksin.

Tentu sahaja semua orang berpusu-pusu untuk mendapatkan vaksin demi mendapatkan kelonggaran sedemikian.

Namun sebaliknya terjadi kepada pelakon Puteri Sarah Liyana kerana pembantu rumahnya ditahan di lapangan terbang kerana tiada dokumen pemeriksaan calitan PCR (Polymerese Chain Reaction) terkini dilakukan.

Dia meluahkan rasa kecewa kerana pembantu rumahnya tidak dapat pulang walaupun pembantunya telah lengkap divaksin.

“Hantar maid pergi airport sebab dia nak balik kampung. Semua dah siap. Swab test, 2 doses completed, permit still hidup. Maid berkobar-kobar nak balik.

“Sampai airport maaf puan, kena buat PCR, RTK (rapid test kit) tak diterima,” katanya.

Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Kejadian tersebut memberi pengajaran pada Puteri Sarah dan menasihati semua supaya melengkapkan dokumen sebelum menghantar pembantu rumah pulang.

“Nak share di sini kalau maid korang nak balik semua kena lengkap.

“Sebenarnya mana boleh dapat informasi ni semua eh? Sebab macam susah nak cari informasi,” luahnya.

Menerusi perkongsian Puteri Sarah itu, rata-rata netizen memberikan cadangan mengenai perkara tersebut.

“Based on my experience. Sebelum fly saya refer kedutaan, imegresen,mcm kes maid ni refer kedutaan die juga. Kedua-dua negara u kena refer. Alhamdulillah, I ade anak balik dr Indonesia masuk dipermudahkan. I make a call to confirm even I baca dh kt website. bnyk org sangkut kt PCR test rugi tiket. call kedutaan indonesia paling penting tanya apa document dia nk masuk dan keluar” – netizen

Pelakon itu juga turut menasihati semua supaya melengkapkan dokumen sebelum keluar masuk negara atau ingin menghantar pembantu pulang.

Terdahulu, sekitar September tahun lalu, status rumah tangga Syamsul dengan Sarah menjadi tanda tanya selepas timbul dakwaan wanita itu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dikatakan hadir dengan ditemani seorang wanita yang didakwa ibu mertuanya.

Bagaimanapun, tujuan kehadiran pelakon yang cukup dikenali dengan drama Dunia Anita ke pejabat agama tidak dapat dipastikan.

Namun, hubungan kemesraan pasangan suami isteri itu kembali terjalin tidak berapa lama kemudian.

Perkongsian foto keluarga bersama suami dan anak-anak oleh pelakon Puteri Sarah ketika sambutan Aidilfitri mengundang reaksi gembira peminatnya dalam Instagram.

Menerusi beberapa keping foto keluarga yang dimuat naik pelakon yang juga isteri kepada pengarah dan aktor Syamsul Yusuf itu dalam Instagramnya, kelihatan Sarah, 35, terlihat gembira dan berseri-seri disamping suami serta dua orang anak mereka, Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Foto-foto yang mempamerkan kebahagian rumah tangga Sarah bersama Syamsul, 37, itu ternyata ditunggu-tunggu peminat selama ini.

“Alhamdulillah. Semoga kedua-duanya kekal bahagia hingga ke akhir hayat,” komen salah seorang pengikutnya.

“Alhamdulillah. Ya Allah kurniakanlah kebahagiaan buat pasangan ini serta pasangan-pasangan lain,” doa seorang lagi pengikutnya dalam Instagram.

Kebahagiaan dan kemesraan yang dikongsikan Sarah itu turut mendapat perhatian dan doa dalam kalangan rakan selebriti apabila turut berkongsi kegembiraan Sarah sekeluarga antaranya Janna Nick, Lufya, Sariyanti, Salina Saibi.

“Alhamdulillah semoga Allah SWT jaga keluarga ini daripada syaitan dan malaun (penjahat). Amin,” tulis Lufya pada ruangan komen.

Menurut Sarah, keharmonian yang terjalin antara dia dan suami ternyata tidak disenangi segelintir pihak.

Katanya, ada sahaja pihak yang tergamak mencipta akaun palsu semata-mata ingin mengintip aktiviti harian dia dan suami seolah-olah tidak senang melihat mereka sudah berbaik semula.

Puteri Sarah merupakan seorang ibu kepada dua orang anaknya Syaikhul Islam 4 tahun dan Sumayyah, 2 tahun.