Satu perkongsian di facebook mendapat perhatian netizen apabila seorang warga emas terpaksa datang ke hospital seorang diri.

Walaupun mempunyai sembilan orang anak, namun tiada seorang pun yang menjawab panggilan telefon untuk membawanya.

Posting yang dikongsi itu mengundang perhatian netizen bagi memberikan komen yang rata-rata sebak melihat keadaan makcik terbabit.

TOLONG SHARE KAWAN KAWAN

Aku terkilan dan sedih tengok makcik Zahrah ni datang Hospital Kuala Lumpur seorang diri.Bila aku tanya mana anak makcik tak de ke,dia jawab anak 9 orang tapi call semua tak jawab

Aku cuba call anak dia sorang ini jawab dan aku harap anak dia akan datang segera untuk bantu Mak dia.

Kepada kawan2 saya dalam ini if sapa kenal makcik Zahrah stay Bangsar tolong bagi tahu family dia ye.Sebab makcik ini nak kena warded tp dia seorang diri.Kesian & sedih aku tengok makcik itu seorang diri.

Bila aku tengok makcik ini,aku terbayangkan if itu adalah Mak aku.

Ya Allah ku pohon doa darimu supaya permudahkan segala urusan makcik Zahrah ini & ada orang datang teman makcik Zahrah ni. Amin.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.