[VIDEO] Zul Yahya Ajak Kru & Rakan Artis Tinggalkan Industri Seni, Ini Respon Yana Samsudin

Beberapa hari lepas, Zul Yahya tampil membuat naik satu kenyataan menyeru penggiat seni supaya meninggalkan industri hiburan.

Zul yang telah berkecimpung lebih 20 tahun dalam dunia seni menyeru pekerja belakang tabir dan rakan artis untuk meninggalkan industri hiburan dan mencari pekerjaan yang lebih diredhai Allah SWT.

Zul mendakwa sesetengah pihak produksi hanya mementingkan keuntungan berbanding menghargai jasa mereka yang bertungkus-lumus bekerja.

Pandangan tersebut dikongsikan melalui satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“insha Allah usaha kpd keberkatan … korapsi , rasuah ,salah guna kuasa dan pentingkan keuntungan peribadi tak henti2 berlaku dalam industri film & drama tanahair”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70) on

Dalam video tersebut, Zul menyifatkan pekerjaan dalam industri hiburan dipenuhi dengan dosa dan industri tersebut hanya memikirkan keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja.

“Saya nak syorkan kepada sahabat-sahabat, jom kita ubah kehidupan kita. Industri ini tak bawa ke mana-mana, tak ada keberkatan, kita banyak mana pun rasa tak cukup. Industri ini dipimpin sangat-sangat lari dari kehendak Allah SWT.

“Kita tahu banyak kaki ampu, berpuak-puak dan juga banyak pentingkan diri sendiri, banyaknya rasuah, bila mereka ada kuasa salah guna dan penuhkan diri untuk nafsu mereka.

“Ramai sahabat saya dulu penghujung kehidupan mereka tak ada apa-apa. Dahlah EPF tiada, insuran pun kadang hidup kadang tak. Jom kita undur diri cari rezeki yang lebih berkat. Biar sikit tapi cukup, jangan taruhkan diri kepada industri.”

Dalam pada itu, Yana Samsudin memberi respon berkenaan kenyataan yang didakwa oleh Zul.

Menerusi muat naik di laman Facebook, Yana menyatakan yang mana beliau sama sekali tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan.

“Lain padang lain belalang… sepanjang saya shooting boleh je break solat.. puasa je, bilik make up dan salin baju pun asing dari lelaki , makan katering orang melayu jugak, halal, ada break solat jumaat, ada break silent masa azan. Ada production tiap jumaat cuti.

“Saya nak baca skrip pun duk dalam kereta sorang sorang.. tak bertempur tampar dengan lelaki bukan mahram pun.

“Setiap skrip mesti ada moralnya , kalau tak mana mana styesen tv mana nak. Mana lulus proposal.

“Sebenarnya apa pun pekerjaan yang penting ialah pembawakan diri. Dapat payment dari kerja industri seni, bayar zakat , bantu keluarga dan orang juga..

“Saya pun bukan sempurna jugak, tapi lama lama kita berubah kearah kebaikan.. asalkan kerja halal, tak mencuri merompak.

“Pasal KWSP dan EPF saya carum sendiri, saving investment , insuran semua buat sendiri. Alhamdulillah . Dari muda saya dah buat. Dapat payment top up ASB , insurans dari umur 21 tahun saya dah buat.

“Dulu mana nama naik, tak glamour pun.. cukup makan naik kelisa je sampai 10 tahun. Tapi alhamdulillah ada saving.

“Kan saya dah dah pesan banyak kali kat posting instagram dan FB saya.. caruman tu semua boleh buat sendiri. Nak buat tak buat je…

“Jadi saya tegaskan , ianya adalah ilmu hidup dan teras agama diri sendiri. Bukan faktor pekerjaan sesorang.

“Tak adil untuk orang yang betul betul mencari rezeki untuk menyara hidup tetapi masih mengekalkan jati diri anak islam tapi dilabel sedemikian.. abistu haram ke hasil kami selama ini?

“Terapkan yang positif dan keberkatan insyaAllah.. Allah lidung iman kita.
Wallahualam..

P/S: banyak lagi nak tulis tapi takpa lah… senyum aja.. dan Alhamdulillah..
ini pendapat saya… dan saya selalu ulang benda sama kat sahabat rapat dan staff saya.. saya tetap akan nasihat benda sama.. kalau kita yang tak berubah jangan slahkan orang lain.
Maaf kan saya insan dalam seni 19 tahun ..

Semoga semuanya dilimpahkan rezeki… bila orang industri seni nak dapat SOP keluar shooting…

Baca dengan nada lembut lembut ye.. itu intonasi saya .. hikhik