[VIDEO] Umpama Kain Putih Yang Suci, Lelaki Ini Bawa Satu Keluarga Masuk Islam

Sudah menjadi kebiasaan sekiranya seorang individu yang memperoleh Hidayah, mereka pasti akan memilih bergelar ‘saudara baru’ seorang diri. Tetapi lain pula bagi keluarga Muhammad Khalid Marcus Wong, apabila dia memilih untuk memeluk Islam serentak bersama isteri dan tiga anaknya pada 17 September lalu. Perkara itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Amir Ng yang memuat naik beberapa [...]

Bagaikan kain putih yang suci dari segala kekotoran, itulah perumpamaan sesuai untuk satu keluarga ini yang baru saja kembali kepada agama Islam.

Muhammad Khalid Marcus Wong memilih untuk memeluk Islam serentak bersama keluarganya iaitu isteri dan tiga orang anaknya pada 17 September yang lepas.

Khabar gembira ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Amir Ng yang memuat naik beberapa posting mengenai keluarga Muhammad Khalid Marcus Wong.

“Syukur Alhamdulillah..Hidayah milik Allah s.w.t..

“Muhammad Khalid Marcus Wong bersama isteri dan anak melafazkan dua kalimah syahadah kembali kepada islam petang tadi di masjid Al Firdaus.selayang.

“Tahniah diucapkan..semoga Muhammad Khalid Marcus sentiasa istiqomah dan mengamal ajaran islam jadi seorang muslim sejati..insyaAllah..amiin.. “

Menurutnya Muhammad Khalid Marcus Wong sekeluarga mengucap dua kalimah syahadah di Masjid Al-Firdaus, Bandar Baru Selayang.

“Alhamdulillah.. Hati dan jiwa saya betul-betul tenang selepas melafazkan dua kalimah syahadah ,

“mengalir air mata saya semasa dengar puan Erina mengisi borang pengislaman di Pejabat Agama Islam Selangor. Daerah gombak.Selangor,

“beliau bersama suami dan tiga orang anak sama-sama melafazkan dua kalimah syahadah dan kembali kepada islam semalam. masyaAllah tahniah!

“kita sama-sama doakan semoga mereka sekeluarga jadi seorang muslim sejati dan mengamal ajaran islam… istiqomah.. Insya Allah amiin.

“Untuk sebarang pertanyaan sila layari Face Book “Muallaf Rawang” untuk maklumat selanjutnya.. t.ksh.” 

Menerusi facebook Mualaaf Rawang,mereka berkongsi video semasa keluarga ini mengucapkan kalimah syahadah.

https://www.facebook.com/muallafrawang/videos/2371519189598212/