[VIDEO] Tok Ti Buat Persembahan, Tiba-tiba Aafiyah Naik Pentas dan Menari

Bagi peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza pastinya menggemasi telatah si comel Siti Aafiyah.

Semakin bijak dan comel dengan gelagat spontannya membuatkan ramai peminat Tok Ti terhibur dan turut meminati Aafiyah. Siapa sangka masih kecil sudah ramai peminat.

Seperti yang semua sedia maklum, Siti Aafiyah sering mengikuti ibunya pergi membuat sebarang persembahan atau mana mana acara.

Perkara ini membuatkan Aafiya sudah terbiasa dengan persekitaran bersama peminat-peminat Tok Ti.

Jadi tidak hairanlah jika Siti Aafiyah pandai menari dan tidak kekok di atas pentas.

Terbaru, menerusi satu video yang dikongsi di Instagram, kelihatan Siti Aafiyah memanjat pentas dan menari semasa ibunya membuat persembahan.

Gelagat comel Siti Aafiyah itu menarik perhatian netizen dan memuji Aafiyah yang pandai menari.

 

View this post on Instagram

 

Look at Aafiyah 🥰

A post shared by Sitizoners(Austria🇦🇹/Turkey🇹🇷) (@ctdk.austria) on

Rata-rata netizen tidak melepaskan peluang meninggalkan komen di laman Instagram tersebut.

“Malah yg nak dilihat afiah buat tambah semangat”

“Geram pulak kite . Eeee”

“Aafiyah msh kecil udh jd perhatian…..pandai menari ..”

“Comelnya aafiya pandai menari”

Siti Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018. Sebelum itu Tok Ti telah mengumumkan di mana beliau bakal menimang cahaya mata perempuan pada 11 Januari 2018.

Malah, Tok Ti dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengesahkan berita gembira itu  menerusi satu entri di akaun Instagram.

Tok Ti selamat melahirkan cahaya mata perempuan sulungnya pada jam 8.17 pagi, 19 Mac 2018 di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur dengan beratnya sebanyak 3.55 kg secara pembedahan.

Tok Ti dan Dato Khalid telah menamakan bayi mereka sebagai Siti Aafiyah, bersempena dengan doa Nabi Muhammad.

Manakala pada 30 Mac 2018 pula, Tok Ti dan suaminya, mengadakan majlis tahnik, cukur rambut dan aqiqah bayi mereka yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.