[VIDEO] “Terputus sudah antara kita, berbeza sudah dua dunia” Lirik Nyanyian Abam Sentuh Hati Pendengar

PEMERGIAN Abam atau Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, amat dirasai oleh semua. Ternyata pelawak popular ini disenangi dan disayangi ramai. Buktinya jenazah Allahyarham disolatkan lebih 720 jemaah di Masjid Zakaria, Gombak semalam. Malah kawasan Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak juga dibanjiri 2000 orang yang datang memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Sebaik sahaja [...]

Pemergian Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, amat dirasai oleh segenap masyarakat.

Telatahnya yang comel dan bersahaja berjaya memikat hati peminat dari yang kecil hinggalah dewasa.

Ternyata pelawak popular ini amat disenangi dan disayangi ramai. Buktinya jenazah Allahyarham disolatkan hampir seribu jemaah di Masjid Zakaria, Gombak semalam.

Lebih hebat lagi, kawasan Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak dibanjiri lebih 2000 orang yang datang memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abam.

Malah, sebaik sahaja berita mengenai Abam meninggal dunia disiarkan, media sosial dibanjiri ribuan ucapan takziah termasuk yang berkongsi tentang peribadi mulia dan kebaikan Allahyarham.

Ada pelbagai cerita positif yang dikongsikan sama ada dari rakan artis sendiri maupun kenalan rapat yang pernah bertemu dengan Abam.

Ibu Allahyarham sendiri menyifatkan Abam seorang anak yang baik dan sentiasa mendahulukan orang lain daripada kepentingannya sendiri.

BACA: [VIDEO] “Dia anak yg baik” Luluh Hati Seorang Ibu, Johan Melutut Cuba Tenangkan Ibu Abam

Ustaz Ebit Lew juga ada mendedahkan Abam sanggu buat apa saja kerja yang halal demi menampung perbelanjaan adik beradiknya dan ibunya.

Allahyarham turut memberikan laluan untuk adiknya berkahwin dahulu barulah dia menamatkan zaman bujangnya.

Terlalu banyak kebaikan yang dilakukannya sehinggakan tidak henti-henti perkongsian dimuat naik di laman sosial berkenaan dirinya.

Lagu Si Kasih nyanyian Abam

Bagi yang tidak tahu, Allahyarham pernah merekodkan lagu berjudul Si Kasih yang kini  telah ditonton 1 juta kali di laman sosial YouTube.

Video lirik yang dimuat naik pada 22 Februari 2019 itu menyentuh hati apabila di dalam bait liriknya tertulis sepotong ayat di bahagian korus yang boleh membuatkan air mata pendengarnya menitis.

“Terputus sudah di antara kita, berbeza sudah dua dunia…”

Rata-rata pendengar lagu tersebut tersentuh dangan lirik yang tampak ikhlas dari sanubari Allahyarham.

Semalam, kita dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Abam apabila beliau dikhabarkan telah meninggal dunia awal pagi Isnin.

Berita itu disahkan sendiri oleh isterinya yang cuba membangunkannya untuk solat Subuh namun tiada sebarang respon.

Jenazah telah selamat dikebumikan lewat petang Isnin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Semoga Allahyarham tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.