[VIDEO] “Terkedek-kedek panjat bukit” Gelagat Maisarah Comel Ini Buat Netizen Cair

Kerjaya sebagai seorang guru dan pendidik bukan mudah seperti yang disangka. Ramai guru-guru sanggup berhempas pulas untuk membantu pelajar-pelajar mereka.

Warga pendidik juga sering menghabiskan masa hujung minggu dengan pelbagai aktivit yang dianjurkan oleh pihak sekolah yang mana pastinya ia untuk kebaikan para pelajar.

Guru menggalas tugas yang berat mendidik anak bangsa menjadi orang yang berjaya dimasa hadapan.

Tidak terkecuali guru yang mengajar pendidikan khas juga berdepan dengan cabaran yang tersendiri apabila perlu menyesuaikan diri mereka dengan anak-anak istimewa ini.

Sekitar Mac lalu satu video telah tular mengenai gelagat seorang pelajar istimewa yang dirakam gurunya ketika sedang bermain hula hoop.

Pelajar itu bernama Maisarah dan beliau dikategorikan dalam Global Development Delayed dan merupakan seorang pelajar pendidikan khas.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang guru yang mengajar pendidikan khas yang bernama Fazri Hassan gemar berkongsi video anak-anak muridnya.

Bukan sahaja gelagat Maisarah yang dirakam, tetapi juga gelagat pelajar-pelajar lain turut dikongsi dilaman sosial milik guru ini.

Menerusi perkongsian guru ini dilaman twitter miliknya, beliau melakukan aktiviti luar bilik darjah bersama-sama anak-anak murid istimewa ini.

Satu gelagat yang mencuit hati melihat Maisarah melakukan aktiviti memanjat bukit dan kesungguhan guru ini membimbing dan memberi semangat kepada anak muridnya turut mendapat pujian.

Walaupun bagi orang biasa, ia sekadar memanjat bukit namun bagi mereka anak-anak kecil istimewa ini mereka mempunyai keterbatasan melakukan aktiviti tersebut.

Gelagat Maisarah yang berusaha melangkah sungguhkan langkah beliau kecil namun beliau berjaya sampai jua.

Turut menarik perhatian ramai apabila guru tadi turut memberi semanagat dan menghulurkan tangan bagi membantu Maisarah mendaki bukit.

Video ini telah tular dengan gelagat guru yang tidak penah putus asa dengan anak-anak istimewa ini dan gelagat Maisarah yang comel.

Rata-rata netizen memuji sikap guru ini yang bersungguh-sungguh mendidik anak-anak muridnya sungguhpun mereka anak-anak istimewa.

Semoga guru ini diberkati dan terus mendidik anak bangsa dan semoga perkongsian ini mendatangkan kebaikan dan manfaat pada semua.

Terima Kasih Guru.