[VIDEO] Terjumpa Awek Pakai Baju Sama, Reaksi Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur

Dalam dunia ini, pasti kita tidak dapat mengelak daripada memakai baju sama dengan orang lain. Pastinya juga, kebanyakan daripada kita pernah terserempak dengan sesiapa saja yang memakai pakaian yang sama. Namun begitu, tidak semua orang suka merasai situasi seperti itu malah ramai yang lebih memilih untuk mengelak daripada memakai pakaian yang sama. Pakai baju sama, [...]

Dalam hidup kita, pasti pernah terjumpa dengan orang lain yang memakai baju sama dengan kita.

Dan biasanya dalam keadaan tersebut, kita pasti cuba untuk mngelakkan diri dari bertembung dengan orang tersebut.

Terutama sekali bagi wanita dimana rata-rata mengakui jika memakai pakaian serupa dengan orang lain akan menyebabkan mereka cuba untuk mengelak daripada situasi yang dianggap memalukan itu.

Namun begitu, reaksi selamba seorang lelaki yang dapat diperhatikan dia terserempak dengan seorang wanita yang memakai baju yang sama membuatkan dia menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Video yang dimuat naik menerusi laman Instagram lelaki ini telah meraih ribuan tontonan dimana rata-rata terhibur dengan gelagat selamba lelaki berkenaan.

Shahrul dengan selamba tidak mengelak wanita tersebut malah sempat mengusik dalam situasi itu.

Malah, Sharul juga sempat mengusik dengan duduk di meja sebelah wanita yang pakai baju sama dengannya itu dimana mereka dilihat berada di tempat makan.

“Tetiba jumpa jodoh pulak semalam . Kalau dah jodoh memang tak kemana”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrul Afizie (@shahnew) on

Rata-rata netizen terhibur dengan sikap berani lelaki ini selain perkongsian video itu juga meraih lebih 300,000 tontonan sejak dikongsikan semalam.

“Hmm kalau lelaki chill je eh nampak orang…”“Hahaha kalo aku memang lari lintang pukang…”

“Hahaha lawak lah. Berani betul tu”

“awek tu comey beria la nak mengusik acah2. cuba yg dtg tu gempal gelap jerawat, confirm terus lari keluar kedai. jodoh konon”

“Aku malu nampak baju sama  haritu nampak makcik baju sama jauh aku pusing”

“Muka ensem takpe kna reject pun byk yg lain nak dik oi”