[VIDEO] “Terima kasih jaga saya dan Aleesya” Erra Fazira Sambut Birthday Pembantu Rumah Buat Netizen Sebak

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Erra Fazira telah memuatnaik video dan gambar sedang meraikan sambutan ulang tahun kelahiran pembantu rumahnya di laman Instagram.

Di dalam posting tersebut, Erra mengucapkan selamat hari jadi kepada pembantu rumahnya, Muti dan mendoakannya awet muda dan dipanjangkan usia.

Erra juga mengucapkan terima kasih kepada Muti kerana sudah 11 tahun menjaganya dan Aleesya dengan penuh kasih sayang.

Bagi Erra, Muti sudah menjadi seperti ahli keluarganya sendiri walaupun Muti suka membebel seperti mak-mak.

“Ulang tahun Muti yang ke tettttt.. pokoknya awet muda terus ya Muti.. Moga Allah pjgkan usia dan tingkatkan iman dari masa ke semasa.. .

“Terima ksih kerana menjaga saya dan Aleesya dgn penuh kasih sayang.. sudah hampir 11 tahun kita hidup satu bumbung, sudah spt keluarga!

“Muti jugak jadi mak2 yg kuat membebel kat kami semua.. makanan kalau tak habis.. AWASSSS katanya!!

“Semua gelupor makan habissss.. Tu yg semua demok dibawah jagaan Muti.. Apapun, kami semua sayang Muti!! Selamat ulang tahun Muti!!!!”

Rata-rata netizen amat terharu dan kagum dengan apa yang dilakukan oleh Erra Fazira terhadap pembantu rumahnya.

Ada yang memuji dengan cara Erra yang menganggap pembantu rumah seerti keluarganya sendiri.

Malah, ada yang merasa cemburu dengan Muti kerana mendapat layanan terbaik daripada Erra Fazira.

Semoga segala kebaikan Erra Fazira mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah.