[VIDEO] “Takkan nak duduk rumah ja berkabung” Dituduh Tak Jaga Edah, Ini Jawapan Bella

Selebriti cantik Bella Astillah sentiasa menjadi perbualan para peminat industri hiburan akhir-akhir ini.

Isu perpisahannya dengan penyanyi Aliff Aziz telah membuatkan ramai orang simpati dengan apa yang berlaku.

Namun begitu, masih ada juga manusia yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan Bella Astillah.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Bella telah meluahkan rasa kecewanya apabila dituduh tidak pandai menjaga edah kerana asyik keluar.

Sedangkan Bella keluar mencari rezeki untuk dirinya dan juga anaknya.

Bella memuat naik gambar Instagram individu yang sentiasa iri hati dengannya dan menggunakan fake account.

Baca: Jarang Bersuara Isu Rumahtangga Anak, Ini Luahan Hati Ayah Bella Astillah

Individu tersebut dikatakan kerap meninggalkan komen yang sengaja ingin menyakitkan hati Bella.

Bella turut memuat naik video bagi memberikan teguran kepada mereka yang tidak berpuas hati dengannya.

Menurut Bella, kalau individu tersebut sanggup membiayai semua perbelanjaannya bersama Ayden, dia boleh duduk berkabung di rumah.

“To be honest, Bella keluar tu semuanya cari rezeki.. Alhamdulillah semuanya rezeki untuk Ayden.”

Rata-rata netizen memuji ketabahan Bella dan sentiasa mendoakan Bella kuat menghadapi ujian hidup.

Sebelum ini, Bella Astillah dan bekas suaminya Aliff Aziz menjadi tumpuan para peminat hiburan Malaysia.

Aliff dikatakan kantoi bersama wanita lain dan beberapa kali gambarnya tersebar di media sosial.

Walaubagaimanapun kisah duka mereka tamat apabila Bella dan Aliff telah pun berpisah secara sah sebelum hari raya Aidilfitri yang lalu.

Semoga Bella terus maju dalam apa jua bidang diceburi dan teruskan hidup dengan bahagia.