[VIDEO] Tak Cukup Satu, Sempat Patah Balik Rembat Beg Jemaah Masjid

Satu video telah tular memaparkan nasib dua jemaah wanita apabila beg tangan mereka dilarikan oleh seorang lelaki ketika mereka sedang solat.

Beg tangan dilarikan ketika sedang rukuk

Kejadian tersebut berlaku di Masjid Jawahir, Pengkalan Balak, Alor Gajar apabila kedua jemaah wanita tersebut sedang menunaikan solat Subuh.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.25 pagi, dan suspek bertindak mengambil beg tangan milik seorang mangsa berusia 55 tahun yang sedang dalam rukuk solat tahiyyat akhir ketika itu.

Beg diletakkan bersebelahan ketika sedang solat

Memetik laporan Utusan, beg tersebut diletakkan bersebelah dengannya ketika itu, dan suspek turut sempat mengambil lagi satu beg tangan milik jemaah wanita yang berada di sebelahnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, mangsa yang terkejut dengan kejadian tersebut bertindak menjerit bagi meminta tolong para jemaah yang lain.

Sempat melarikan diri

Suspek sempat melarikan diri menaiki Toyota Vios berwarna putih bersama rakannya yang memandu kereta tersebut.

Beg tangan mangsa dipercayai mengandungi kad pengenalan, kad bank serta serangkai kunci rumah.

Polis sedang mengenal pasti identiti suspek

Pihak polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan bagi mengenal pasti identiti suspek.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Semoga pencuri beg tangan jemaah tersebut dapat diberkas dan diharap kita semua akan lebih berhati-hati ketika berada di luar.