[VIDEO] “Tak ada rasa malu ke?” Ceramah Motivasi Pakaian Sendat, Janna Nick Ditegur

Sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti untuk menerima segala jenis kritikan dan teguran oleh peminat.

Boleh dikatakan setiap gerak-geri pasti akan dinilai dan dikomen bagi memuaskan hati netizen.

Begitulah yang terjadi kepada selebriti popular Janna Nick apabila dia memuat naik video ceramah motivasinya baru-baru ini.

Di dalam video tersebut, Janna telah dijemput untuk berkongsi kejayaannya pada usia muda di hadapan siswa-siswi sebuah kolej.

Walaubagaimanapun, di sebalik perkongsian positifnya itu, banyak mata lebih berminat untuk tertumpu pada pakaian Janna di atas pentas.

ramai peminat mempersoalkan baju dan seluarnya amat tak sesuai untuk memberikan motivasi di atas pentas.

Di antara komen yang mendapat tumpuan ramai adalah:

“Lps ni mungkin janna boleh lebih berjaya jga aurat dan pakaian. Ubah takdir dihadapan dgn pakaian yg elok.. Insyallah lg byk kejayaan menyusul.”

Janna tidak melatah dan dengan tenang membalas komen tersebut.

Namun masih ramai yang tidak berpuas hati dan meninggalkan komen tentang pakaiannya itu.

Pakai blazer dan sopan

Tak boleh fokus

Tetapi ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat Janna Nick.

 

“Hi @jannanick sharing yg Sgt bagus, Apapun yg kita buat pasti ada yang tetap x puas hati… That’s very normal. Yang penting nawaitu awak. Saya suka karektor awak yg Sgt ‘rock’ tapi sharing ni menunjukkan awak matang. Tentang pakaian yang rata2 Orang komen tu, biar lah. Masing2 punya pendapat. Mungkin dorang dengki kot.. Tuhan anugerah kan awak bentuk badan yang cantik.. “


Video Motivasi Janna Nick

 

View this post on Instagram

 

Saya lebih setuju “AVOID MISTAKES “ bukan “ LEARN FROM YOUR OWN MISTAKES” @whitefluffy.my

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on